pengikut terbaik

Wednesday, April 28, 2010

kek terunggul abad ke 21

beralih dari entri English aku yang maha tunggang terbalik...
arinih macam nak bercakap tentang kek yang aku pernah dapat untuk hadiah hari jadik
kek nih dihadiahkan oleh seorang rakan terbaik yang memang hobinya membuat kek..
aku tidak pernah percaya tentang kehandalan beliau membuat kek, sehinggalah tarikh lahir aku tiba..
dengan ikhlas katanya ingin memberikan kek special buat penyeri hari jadi ku kelak.
bersama rakan rakan lain yang menyanyikan lagu selamat hari jadi dengan gegak gempitanya,
aku tidak pernah berharap yang kek yang akan aku rasai akan menjadi begitu sedap sekali.
sebelum ini, aku hanya mendengar cakap cakap orang tentang rasa kek ini yang sebenar.
ternyata.. kesedapannya melampaui jangkauan akal.


selepas upacara memotong kek, aku makan kek coklat berikut dengan jayanya walaupun agak segan untuk menambah hirisan nilai kek terbabit. silu dengan kawan kawan lain yang mungkin mengejek aku pencinta kek terunggul!*woi! aku memang suke kek la* haih.. tengok la badan. suke makan kek. * amik kau hasilnye*
jangan salah paham okeh. kek seorang rakan terbaik nih kurang gula dan baik untuk kesihatan.
hasil tumbesaran secara cemerlang aku dijana diri pati estrak buah buahan cemerlang.. err...
bukan..... tumbesaran secara cemerlang aku dijana dari kedai makanan segera. kepada pencinta makanan segera * sila jgn emo * sebab umah aku pun memang menyediakan burger with cheese dan nugget untuk setiap meal. bajet omputeh. padehal nak cepat. haha.


berbalik kepade kisah kek tadi. selepas aku menjamah kek sepotong dua yang maha lazat * sebab aku pura pura diet pade hari itu * dalam diam diam, aku telah menghubungi rakan terbaik dan memintanya membuat sekilo lagi kek coklat untuk aku. konon konon untuk sambut birthday. haih. sebenarnya.. sebab aku tak puas makan kek arituh, akibat dari perangai malu malu sesat jalan tempoh hari. jadi. menyesalkan!! * padan muka*
berkat kesabaran rakan terbaik melayani kerenah aku, dia menghantarnya ke rumah. kek sedap! sama seperti selalu. aku membelasah kek sambil menonton drama bersiri petang petang, buletin utama, drama layu layu berlarutan ke bola di tengah malam. aku makan kek coklat perisa terbaik tanpa rasa jemu. aku bercerita pada semua orang tentang kesedapan kek nya yang maha karya cinta. aku sangat respek kepade dia, seorang lelaki malayu-kacuk * nak gak sebut idung dia mancung - haha * yang berani gagal mengketengahkan bakat yang beliau ada dalam dunia pengkekkan.Alhamdulillah.Semoga penjualannya terus laris dan mendapat perhatian media hingga ke mata dunia.

terima kasih noah.kerana sudi membuatkan saya kek paling sedap untuk hari jadi saya. nanti nak order brownies plak.. hehehe~

4 comments:

muhai said...

kek tu boleh hanta ke rumah ke nina??

Nina Nurziana said...

bole lew.. kau rekuest la... huhuhu~

noah wells said...

gila lah nina nyer article.leh jadik journalist.hehe

cik muhai,bole anto,tapi ada delivery charges lah.hehe

Nina Nurziana said...

mekasih noah! hehe :)
*tersipu sipu malu*

wakaka