pengikut terbaik

Showing posts with label panduan hidup. Show all posts
Showing posts with label panduan hidup. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

Cerita durian

Kisah 3 Pilot yang ditangkap oleh Suku Dayak Kanibal, ke-3 pilot yg takut tersebut memohon agar tidak dibunuh.

Maka ketua suku kaum itu pun berkata, 'Kalau kamu semua masih mau hidup, kalian harus pergi ke hutan dan bawa kembali 10 buah yg jenisnya sama. Tapi kalian hanya mendapatkan waktu 3 jam!'

Sebelum 3 jam, pilot yg 1 pun akhirnya datang membawa 10 buah epal.

Ketua Suku : "Baik kamu telah membawa 10 buah epal. Sekarang masukkan semua epal itu ke dlm lubang duburmu kamu satu persatu. Kalau kamu merintih, atau membuat suara, kamu akan saya potong2!"

Dengan penuh perjuangan dan ketahanan akhirnya epal pertama dpt dia masukkan. Namun di epal yg ke 2 ia tidak dpt menahan sakit, dan seraya merintih. Dengan kejam sang ketua suku memenggal kepala si pilot. Maka naiklah ia ke surga.

Pilot ke-2 datang membawa 10 buah biji anggur. Dan ketua suku memberikan arahan yg sama. *Dalam hati*"celaka kau si anggur !' Satu anggur masuk, dua anggur, tiga anggur, tapi pada saat ia memasukkan anggur yg ke 10 sang kepala suku tiba2 memotong kepalanya.

Saat pilot ke-2 naik ke surga ia bertemu dengan pilot-1.

Pilot2 : Wah kamu mati juga ya?
Pilot1 : Iya aku bawakan epal. Kan sakit ! Sial ketua suku, syaratnya susah sgt! Hbs kamu bawa buah apa?
Pilot2 : anggur
Pilot1 : anggur??tu kan senang! kecil, tak sakit sgt!
Pilot2 : mmg betul. Semua anggur hampir aku masukkan semua ke dalam lubang duburku. Tapi ye, tiba2 aku tertawa dan semua anggur yg aku sudah masukkan keluar semua…..
Pilot1 : Bodoh kamu! Knpe ketawa ?
Pilot2 : habis waktu nak mskkan anggur yg ke 10 aku nampak pilot ke-3 bawa durian...!!!


hahahhahahah

Saturday, July 9, 2011

Luahan hati A. Samad Said tentang BERSIH.

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID


click link di bawah untuk dengar puisi berikut

Saturday, May 7, 2011

kaya itu apa?

hidup ini bagaikan mimpi.
jadi, alami lah yang indah indah.
semua orang berharap untuk ada semua yang ada dalam dunia ni.
mungkin sebab terlalu obses terhadap harta benda
dan nilai kebendaan itu terlalu berharga sehingga kita bekerja bagai nak gila.

last 2 weeks aku lepak dengan fara. ex schollmate mase sekolah rendah.
dulu.. we are best buddy. memang sangat childgood girlfriend.
sekarang dia attached dengan Public Mutual.
At first, kami hanya makan yougart kat Tutti Frutti.
bajet nak diet la makan yougart.

cerita punye cerita, sampai la ke bab financial freedom.
tiba tiba aku terfikir.
adekah aku perlu miliki apa yang ada dalam dunia ni.
ataupun.. aku perlu miliki financial freedom?

How do you secure your financial.
how do you want to be free from debt?
mak aku penah cakap. hidup kita ni memang akan sentiasa berhutang.
kalau tak hutang, tak thrill.
betul jugak kadang kadang.
sebab financial freedom never mention about hutang.
Anda bole berhutang setinggi langit pon, asalkan anda mencapai 6 benda ni

1- insurance
- life insurance ke, critical illness insurance ke, health insurance ke.kena ada.

2- short term investment
-contohnya macam ASB. yang anda invest. bila bila boleh keluar. dividen around 8% a year.

3- long term investment.
- ni macam Public Mutual. Masuk 1000, monthly baya 100. lepas  30years. you'll enjoy the 15% dividen per year.

4- six month full salary in your normal savings account
- mane la tau company ade bikin retrenchment. at least, dalam masa 6 bulan boleh carik kerja baru dan tanggung apa apa yang patut. So, lets say your salary is RM2000, you need to have RM12000 in your account.

5- Vacation fund
- living in the world full of stress, memang kena ada fund untuk ni untuk pegi bercuti cuti.
ketepikan duit, at least 200 euro sebulan, dengan harapan leh la pegi Euro 2012 nanti.

6- Property.
- Property ni, tak semestinya rumah. it can be tanah jugak. kumpul ke banyak banyak.
kalau taknak duduk, leh jual. investment tu kan.. huhu..


so, tuh la menda menda yang aku dapat hasil dari pertemuan aritu.
hasilnya. aku invest dalam Public Mutual.
bukan sebab nak kaya. tapi, sebab nak achieve financial freedom.
aku kira, ini lebih penting dari menjadi kaya.

semalam. kami lepak lagi. kat bangsar village.
kali ni, aku bawak kawan.
dia pon berminat nak invest.
yelah. masing masing dah umur 27.
ape lagi nak..
masa untuk enjoy money tuh dah tamat.
better late than never kan :D
thats why we start it now.
kinda lebih appreciate duit sekarang.

lets money makes more money

Thursday, February 10, 2011

A bf gf story

He told her: "I might not be rich, I have no money or villa or cars or companies like my friend John, but I love you and adore you."

She looked at him with tears in her eyes and hugged him like there was no tomorrow and whispered in his ears...."If you really love me....Introduce me to john."


Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, December 21, 2010

10 Petanda dia lah Jodoh kita



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
 Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Wednesday, December 15, 2010

this is funny

This message was sent from my good fren in doha.


How to make a woman happy.

It's not difficult
 
to make a woman happy.
A man only needs to be:

1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber 
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist 
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer 
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic 
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant 
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous 
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate
44. compassionate

WITHOUT FORGETTING TO: 

45. give her compliments regularly
46. love shopping
47. be honest
48. be very rich
49. not stress her out
50. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

51. give her lots of attention, but expect little yourself
52. give her lots of time, especially time for herself
53. give her lots of space, never worrying about where she goes 

IT IS VERY IMPORTANT:

54. Never to forget:
* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes
 





How To Make Man Happy 



1. Show up naked



Hahaha




Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, December 8, 2010

Jauhi ayam dan daging serta merta.

Akibat dari demam kong kong kong dan semeseme yang tak baik baik..
Saye telah berazam untuk makan ikan dan seafood sahaja..

Tetapi, walaupun berbatuk kong kong kong.saye tetap meneruskan niat minum ais sebab.. Itu je minuman yang sy bleh minum, selain dari nescafe tarik. Lain sume, air sejuk sahaja.

Kini, 36 jam berlalu, saya hanya makan ikan dan seafood sahaja. Baru lepas mengadap sushi dan wasabi.
Dan tau tak wasabi ni, dah clearkan throut yang sakit slame ni..

Pelik btul makan wasabi, tp tak rase pedasnye. Selalu menggelupur gak minum teh sejuk dia. Tapi kali ni. Saye rase chill tak hengat.

Mungkin wasabi ni, pelege sakit semeseme yang saye hadapi sejak seminggu lalu.

Dan. Ade gak kawan tanye. "Kenape demam semeseme, tapi, taknak makan ayam? "

Saye jawap "aku rase sebab aku kene slsema burung, sebab tu tak baik baik"

Member yang jujur lagi tawaduk tu angguk angguk pale. Dia tanye lagi, " abis, daging lembu pun, kau xnak makan, apsal?"

Time ni memang agak terkesima gak ah nak jawap kan.. Tapi jangan isau.. Saye dah google da jawapan nye..

"Sebab ayam ngan daging selalu di jual sebelah sebelah, jadi, aku tanak amik risiko"

Member yang pening tadik. Jadik makin pening. Saye? Tambah wasabi lagi.. Hihi..


Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, November 9, 2010

Tips hilangkan letih

Bila anda berasa terlalu letih badan dan emosi, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan..

1-call kawan baik anda

2-minta dia belikan minuman kegemaran anda, dan anta ke rumah anda

3-lepak didalam keretanya sambil membawa seekor haiwan berbulu (dlm kes ni, sy pilih arnab yang berumur 11hari)

4-semasa melepak di dalam kereta bersamanya, bincang tentang haiwan comel terbabit, utk merealisekan tensi anda.

5- kemudian, baru ceritakan tentang apakah yg anda penatkan dan tensikan sepanjang hari

6-peluk rakan anda itu. Separuh penat anda akan hilang

7- berborak lagi, kali ini, biar rakan anda yang bercakap, terima saja, tanpa berfikir.. Supaya perasaan tenang itu dtg

8- makan makanan ringan, tanpa memikirkan berat badan. Makan utk memperbaiki mutu badan yg sengal2 td

9-peluk rakan anda sekali lagi, utk melepaskan rasa bersalah sbb makan td. Cuma supaya anda rasa lege, anda masih ada kawan, walaupun berat badan anda akn bertambah sbb anda makan malam.

10- buat senaman ringan dengan rakan anda - dlm kes ini, saya pilih aktiviti memetik buah rambutan didepan rumah

11- bila rakan anda pulang, masuk ke bilik anda, dan chill sebentar. Tentu anda lege dari kepenatan sepanjang hari.

Jika anda alah kepada haiwan berbulu, atau gagal membawa haiwan berbulu, bawa saja apa2 yang dpt membawa ada dan rakan anda berbincang tentang perkara itu. Contohnya toys atau tedybear, atau bantal atau apa saja.

Kawan yang baik, sentiasa mempercayai kawannya, dan sentiasa memberi sokongan walau apa pun yang terjadi. Jadilah kawan yang mendengar dan memahami rakan anda, bukan menjadi pendengar dan menghukum rakan anda dari apa yang yang anda dengari.

Kawan yang baik akan sentiasa menasihati kawannya, supaya menjadi manusia yang lebih baik..


Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 5, 2010

5 hari yang berkesimpul.

dah lime hari saye bekerja di kampeni nih.
dan lime hari juge saye bersame dengan mereka.
ari jumaat.ari ketame.malam. ade makan makan.
masakan korea.sedap dan mewah.
sabtu.kite pegi ronde ronde.
makan makan. tidak dilupe.
breakfast di mekdonel. 
kampeni baya. ape ade hal.
bermalam di thistle.pd.jadi lah...
adik aku. ikut. bawak kawan. budak hungary.
yang asik lapa tak kira masa.
benti makan kayhepsee.
sampai sane. men bola tampa.
berenang. di lautan masin.
makan eskrem sebab dia sibuk bunyik ting ting.
berenang. di kolam tawar.
minum tepi kolam.bil segelas rm27.00 hanta pegi bilik.
kaya.bermandi manda. bersuka ria.
malam. makan lagi.  makanan cine. halal. sumpah!
menari nari pon ada juga.
kami. lepak tepi laut.
makan kacang.
pas bosan. pegi mamak. ade pulak kat sini.
makan megi goreng. roti telur.
abang baju merah banje.
esok. bajet segar.
lepak tepi laut.konon nyesal.
pas makan. banyak. sangat.
breakfast kan percume.
balik. makan lagi.
pekena mee telur kat kopitiam.
baya sendiri. 
balun jugak sebab letih driving.
lah sangat!!!
ok. sape terer, berape banyak saye makan?

dem!! jamu pleaseee!!!

Friday, September 24, 2010

nape kene kawin?

i had a various respond from a lot of different aspect and people from "nape lelaki lambat kawin".its just a small observation that i did when i kept wondering why guys never want to answer his girlfriend's request to tie a knot.

"mak kate, tak elok kawan lama lama, tapi tak da ikatan.. kalau boleh, bertunang dulu"
There you go. Bertunang first.Getting engaged doesn't guarantee anything. why don't you just get married,
once and for all.? why it has to be bertunang, bernikah and bersanding?

In this 3 ocassions, bernikah is the cheapest one. why?
mane ade pelamin kat masjid kan?
baju pun kaler putih.. murah..
makan makan pun takde sangat.. selalu trus datang mase bersanding aje...

But of cos this is just the general one. cos certain people are too rich, so, they just spend for the grand wedding, millions of receiption bla bla bla. kalau kaya, ape salahnye. yang tak berape nak kaya nih? ape cita?

The most important one is the cheapest one. YES. let's just do nikah, and we had the makan makan after that.can we??not to condem most of the parents who wanted the best for his daughter and son.
when the daughter wanted to get married, mummy said
"yang kau nak sibuk sibuk letak hantaran rendah apsal? bia la orang laki kerja kuat sikit."
yes mummy, but you forgot that you also have son that struggling to get married too and mummy said
"amboi.. mahalnye hantaran.. nak jual anak ke?"

Bias. why dont we just forget about all those hantaran things,
but, share the bills for food, flowers and dress. do it only one time!!
kawin kan sekali seumur hidup! buat sekali.
cos i still believe if you change seat while eating, you'll be married more than once.
takut tak? hahaha. just kidding.

Anyway, i am not going to be in the girls side or the guys side.
we just have to make a change. sapa tak nak kawin oi....

Why people are getting married
1) pressure from the community
not only in Malaysia, but people around the world are actually pressuring each other to get married and have kids. Most of us wanted to avoid the question of "Bila nak kawin" then once kawin, they would asked "bila nak dapat anak"  and bla bla bla.. never ending question.. nobody would understand how does it feel to be asking the same question again and again.

2) find someone that we love
Yes. Good reason to get married. but, please do remember that love only is not enough, if you're not ready to commit. In a way, your life should only focus to him/her. Make sure you have money to secure the love. Even though money can't buy happiness, but without money, will you be happy?

3) cos you think you find your best friend.
If you're ready to share everything with him/her. that is really good. but can you still love him if he lost what he has right now? Dont love him because of  muka handsome, kerja bagus and kaya. What if he's not handsome anymore, he lost his job or he's not rich anymore. will you still love him? 
You should be there to protect him/ her when been accused of the wrong doings. To be there for him/her when he/she needs u. To be there when he/she's sick or healthy, rich or poor.

4) To have kids
Getting married is actually nothing more than to have kids. that's why to raise a child, you have to do it with someone that you love and know well. That's why we need someone which has financial freedom (not rich) to secure the kids in the future. Good looking (not handsome / pretty) for at least the child has face. nothing more than that.

be married when you are ready to commit.
not to be married because of your parent ask you too.

be married that could share your happy and hard time
not be married because of your age is getting older.

be married with someone who u cant live without.
not the one who you can live with.

Be married and be happy

You might also like
1- 10 Reasons why you are not rich
2- Ciri ciri lelaki kacak
3- Human. rather man or women. always complicated
4- ciri ciri lelaki idaman (lelaki single wajib baca) 

Wednesday, September 22, 2010

Nape lelaki kawin lambat (Malay Version)


Lelaki kawin lambat? Mengapa?

Bia saye berikan satu contoh
Ia merupakan satu contoh panjang. Kalau anda nak skip, boleh je, sebab saye ade kesimpulan kat ujung  artikel ni.

Katekan lah anda adalah seorang graduate, umur 23, lelaki, kerja pegawai, gaji dalam RM 2000 sebulan dan tiada simpanan di dalam bank. Setiap bulan, perbelanjaan makanan, transport  (motor/ train), bil api, air, handphone, sewa rumah dan perbelanjaan lain, katelah kamu menyimpan dalam RM800 maximum. Sebagai anak yang baik, anda kirim wang ke kampong dalam RM300. Balance duit dalam RM500, dengan disiplin yang ketat, mungkin anda boleh simpan dalam RM5000 setahun

Setahun berlalu, anda berumur 24, anda berkenalan dengan seorang gadis impian anda. Masing masing dah merancang nak berkahwin dalam masa setahun dua ni. Maka, anda perlu menyediakan basic needs untuk happy family anda. macam rumah dan kereta. Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%. Dibesarkan dengan family yang sungguh baik, anda menjadi seorang gentlemen. Semua expenses untuk dating, hadiah, bunga, sudah pun anda sediakan awal awal, maka 10% dah pun untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan meggi nak bersaving, anda berjaya mengekalkan RM5000 lagi savings. Company pulak bagi bonus 2bulan tahun tuh. Maka lagi RM4000 dah bertambah dalam savings itu dan menjadikan total saving anda RM14000. Lepas tuh, anda nak beli kereta pulak, spend RM8000 untuk brand new RM40,000 car. Net saving dah tinggal RM6000 je.

Tahun berikutnya, diumur 25 tahun, dan anda sangat bagus bekerja. Tetapi sebabkan anda kene bayar kereta tiap bulan, total savings dah tinggal RM400 sebulan. Dan mungkin lebih kurang RM 5000 jugak total savings setahun. Bonus takde, sebab company not doing so well. So, total savings dalam RM11,000 sahaja, selepas 3tahun bekerja. Jadi, anda decide untuk bertunang dengan gadis impian. Dia setuju. JadI, RM1500 dibelanjakan untuk cincin dan hantaran pertunangan. Nett saving tinggal RM 9500.

Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun, anda di beri kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.  Ini  berita baik!! “maka tahun ini saya ishtiharkan akan menamatkan zaman bujang”. Anda pun dah gersang dah tu. 

Anda bertanya Tunang anda : berape hantaran kawin?
Tunang anda :  berapa-berapa yang u sanggup
anda :  RM5000 ok?
Tunang anda : I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!
Mate terjegil', air liur 'meleleh'  * PENGSAN SERTA MERTA*

“MANE NAK DAPAT DUIT LEBIH?”
Sebabkan anda terlalu sayangkan dia, anda kerja kuat, sampai dapat award pekerja cemerlang.  wat bisnes sane sini. Supply ayam pencen bagai. Dapat la simpan tahun tu RM20,000
Sekarang umur dah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tapi, mak plak cakap ,"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita cater aje la ya? RM10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sket. Kita jemput dalam 1000 orang datang ok?"


Pengiraan pantas dijalankan
"1000xRM10=RM10,000, penyanyi lagi, khemah lagi, buta-buta je RM15,000!!! Tu tak masuk cincin kahwin lagi!!"
Anda : Mak, nak buat apa membazir-bazir duit ni?"
ibu anda : Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul.
Anda : Tapi mak?
ibu anda : Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato, datin, tan sri puan sri lagi datang. Mana la mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik kecik?

Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin jugak. Tetapi, apekan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang, interest makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar. Wifey kesayangan dah letih kalau anda asik nak mintak duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah, bla la bla… akhirnya? Bercerai..

Masalah yang membuahkan masalah. Kadang kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal dalam Negara kita. Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kawin lambat, atau, agak susah nak kawin.

Punca masalah :
Budaya kita yang tak kene tempat.  Saya rasa, ada banyak menda dalam budaya kita yang tak masuk akal dan kadang kala meyusahkan diri sendiri. Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alas an mereka tak mampu untuk berkahwin, walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.  Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan :

(1)    Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana. Motif kawin kan nak menjamu sanak saudara dan rakan taulan makan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu di ambil kira. Tak perlu nak berabis beriya kepada menda menda yang mendatangkan hasil. Contohnya, pelamin.
Pelamin yang biase je pond ah RM1500 tau. Baru pelamin. Blum lagi, hiasan ini, hiasan itu.. haih..

(2)    “Harga” seseorang wanita bukan sepatutnya diukur dari tahap education beliau, tetapi pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam. Sistem hantaran ini di ambil dari Indian yang datang ke Malaysia, bertahun dulu.  Kalau ditanya pun, mereka sendiri pun dah tak ramai yang praktikan menda yang tidak masuk nih. Kalau hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa di batalkan atau di tangguhkan. Padahal, Akad dan nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

(3)    Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini telah menjadi beban. Zaman kini, perkahwinan sangat complicated dan rata ratanya takut untuk berkahwin. Semasa saya di Sydney, saya lihat, rakan muslim kita berkahwin hanya di masjid, kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid. Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan kawan dan saudara terdekat. Tak perlu ber-extravagance. Yang perlu di focus adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya MAJLIS perkahwinan. MAJLIS itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan itu. Seolah olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan unattractive?

...dan yang si lelaki menangung bebannya...

Sunday, September 12, 2010

tips berhari raya dengan cemerlang.

Persiapan hari raya sepatutnya dimulakan setahun sebelum menjelangnya hari raya terbabit.
Persiapan hari raya bukan sahaja bergantung kepada juadah dan baju raya sahaja
tetapi. kepada gadis gadis ,persiapan raya sebenarnya adalah lebih mencabar

kita mulekan tips berhari raya dengan cemerlang kepada gadis yang berumur 25 tahun dan ke atas.

1- Kerja yang bagus
bagi mereka yang berumur 25 tahun ke atas, kerja perlu ada pangkat dan gaji mesti la sekurang kurangnya
RM3000 dan ke atas. jadi bila berbual dengan makcik pakcik, kamu di pandang seperti manusia
yang rajin bekerja.

2-Duit Raya
bagi gadis yang belum berkahwin dan ada kerja bagus tersebut, duit raya perlulah setimpal.
koman koman pon RM10 kepada anak anak buah, sepupu sepapat.
kepade atuk nenek, mak pak sedare pon tidak boleh dilupe.
kepada kanak kanak yang datang juga, harus dihulur demi invesment di masa hadapan.
manela tau, kot kot budak tu ade abang hensem ke... ha... kan dia cerite kat abang dia
pasal kakak lawa yang kasik wit raye... kui3...

3-Kereta
kereta mesti cemerlang. koman koman  pon mesti buatan Jepun. tak Toyota, amik la Honda.
kerana kekayaan seseorang itu diukur dari kereta apa yang dia pakai.
selalu menda nih dipandang pada lelaki... tapi, kalau la gadis yang pakai...
memang orang saspek abis.. hihihi..

4-Gadjet cemerlang
huish. kene la pakai iphone, htc, antroid ataupun blackberry. baru la kene ngan gaya yang cuba di paparkan.
nak lagi power, bawak je ipad, pas amik gamba, trus upload.. huih... memang kacak bergaya.

5-Figure yang menawan
Gadis berumur 25 tahun ke atas yang masih single, tak boleh gemuk dan nampak tak berseri.
mereka mesti ke spa dan membuat facial sebelum menjalani hari raya.
lemak lemak berlebihan perlu ditarah agar nampak sangat hebat anggun dan bergaya.

6- Pemilihan baju yang betul
Figure saje menawan, tapi, pemilihan baju yang salah, dapat mencetuskan ketidakcantikkan.
kadang kadang, mase kite pilih baju, rase macam da lawa abis dah,
tapi bila pakai, dalam gamba, nampak gemok. T__T

7-Pengetahuan Am.
Pengetahuan tentang hal hal semasa perlu dalam menunjukkan kebijaksanaan dalam berbicara.
anda perlu bijak dan pandai dalam memilih crowd untuk bercakap.

8-Jawapan kepada soalan "bila nak kawin?"
Dah perfect suma tuh, baru la pikir pasal jawapan yang harus diberikan.
jawapan yang bagus - Boyfren pon xde aunty oi...kalau anda memang sangat bagus, dan jawap takde boyfren, ini akan leading kepada
puji pujian ataupun kepada betapa rajinnya anda bekerja sampai xde bf. jadi, anda boleh la lari
dari menjawap persoalan, bila nak kawin.

Jadi kepada gadis gadis yang berumur 25tahun dan ke atas, anda perlu memperkayakan aset,
bagi dapat merayakan hari raya dengan lebih cemerlang.
Hari raya sebenarnya amat amatlah penting kepada orang melayu yang mementingkan harta
dan kedudukan. jadi, impress kan mereka dengan aset yang anda ada.
bukan nak berlagak, cuma nak bagitau, yang anda sebenarnya separuh mati menyahut cabaran
setahun sekali yang konon kononnya first impression saban tahun.

booooorrrrrrrriiiiinnnnnnnggggggggg....

sila tido sekarang.ok bye.

Saturday, September 4, 2010

Patience is a virtue

Patience is a virtue because it makes us better people. The definition of the word is to tolerate delay. This implies self control and forbearance as opposed to wanting what we want when we want it. How many times have we jumped the gun and found out it would have been better to tolerate delay or had self control? What did we miss out on? Did we hurt someone we love because of lack of patience? Having patience will heal the wounds and it will work itself out fine. Patience is not only a virtue but a necessity for a happy existence.

All good things come to those who wait, which is answering question by saying the same thing. Only differently. I've rushed things countless times only to find if I would have paced it out and picked my shots things would have worked out a hell of a lot better.

Thursday, September 2, 2010

Nothing tastes as good as skinny feels..

Once i read about this, i feel like not eating.this is a size 0 motto, belongs to Kate Moss.

im size 8! some pants and shirt even in size 10!
i cant fit anything lower than L size, or the shirt will be dem short.
hate this!

I went to buy my baju kurung last Friday.
I always buy L and im buying L
i even try the L but mummy said the baju was terrifyingly big.

Am i smaller now,mummy? I dont think so.

Im growing fatter and fatter everyday.

i want size 0!! help me...... :((((

Wednesday, August 18, 2010

Ciri ciri lelaki kacak

Ke-hensem-an atau ke-kacak-an adelah sangat subjektif  kepade setiap individu.
Saye mempunyai satu garis panduan untuk menilai kehenseman setiap lelaki

Bagi saye, lelaki yang hensem dan kacak ini  tidak hanye terletak kepade wajahnye yang dah sah sah menawan.
tetapi, kepade budi pekerti dan ke-rendang-an beliau.

Pembabitan saye dalam menilai kegiatan ke-kacak-an seseorang lelaki adalah sangat meluas
dan kini saya mahu kongsikan dengan anda semua.

Ciri - ciri lelaki hensem (mengikut buku panduan cik ninut)

1- Lelaki itu mempunyai gigi yang rata. bila dia tersenyum. sejuk mata memandang.

2- Lelaki itu berambut pendek dan kemas. maksudnya ciri ciri kebersihan amat penting dlm aspek ini.

3- Lelaki itu tinggi. bila tinggi, badan menjadi sasa secara automatis kerana mahu mengimbangi cara mereka berjalan. macam model tuh.. ha....

4- Lelaki itu baik. bila dia baik, cakap pun lembut lembut, pandai memanjakan, rajin, pandai jaga hati, tak pandai berkasar.

ha.. nihla dia kehenseman sebenar. xkira la dia gemuk ke.. kurus ke.. itam ke.. putih ke..

nih la ciri ciri basic lelaki hensem. kalau dia kaya, itu merupakan satu bonus. hehehe....

Tuesday, August 10, 2010

Knowing the Man’s Mind

Knowing a guy’s psyche is not easy. Actually, you never really can know anybody’s psyche. Each individual is different but you can always stereotype people. There are certain things that are true to every man and woman. If a woman says, “it is fine”, it definitely isn’t. This is a fact. Likewise, there are certain things about men that are true too. You need to know these things when you are in the dating scenario so that you don’t ball your fists or pull out your hair trying to figure out the complexities of the man.


The first thing is, if a man really likes you, he will call himself. You don’t have to stalk him or call him to see if he has lost your phone number. Yes, ladies, if the guy really wants to go out with you again, he will make sure he calls you even if he actually has lost your number.

If a guy is not calling, it means he never will. Yes, he might say he’ll call you and then he doesn’t call for two long days. Well, take the hint, he will not call. You might say there have been times when the guy has called after 5 days and the person concerned is now happily married, but ladies, there are exceptions to every rule. Don’t get your hopes up just because you have seen one instance. As I said earlier, not all individuals are the same.

If he really likes you and wants this thing to be perfect, he will be more respectful towards you. You will see him really trying to make an impression. If you see him taking calls in the middle of dinner and not bothering to hang up before ten minutes, well, he just might not be that into you. Remember, it could really be an emergency call, but not always.

There’s always the first kiss to know just how much a guy cares. This is not something can be explained as every lady knows the future of the relationship when she kisses the guy for the first time. However, if the kiss is tender and soft, and not lusty at all, then you know the good vibe is on.

So, ladies, these are some keys to understand men that I thought you should know. Keep them in mind and keep yourself happy

 pic : frustration on man's behavior.

Sunday, August 8, 2010

human.. rather man or woman. always complicated!

There's a second,
when you want to be disappear and walk happily...

There's a minute
when you want to take a nap, instead of working

there's an hour
when you feel like just eating without a single chat, even you have million words around you

there's a day,
when you just want to sit down and knowing yourself again.

there's a week,
whereby you feel like you don't want to see any of your peeps and friends

there's a weekend,
whereby you feel like shopping unstop-able-ly

there's a month,
when you don't want to work but waiting for the pay-check at the end.

there's a season,
when you can't hardly wait, to get the ball kicking again.

and of cos there's a year,
that you wish it wont driving so fast.. just because you dont want to grow older.


sometimes, you even confuse on what you are asking for.
human.. rather man or woman. always complicated!.

cheers.

Friday, August 6, 2010

Why men marry Bitches

I went out last Sunday, to "browse" what is happening to the world now days.
while having a coffee, i browse the man instead of the haywire sale that is been going.

Who's the MAN? can we identify man?
Men are the one with those characters :-

M - Money
A - Authority
N - Need
great!! its easy to find!! but.... Why men marry bitches instead of nice girls?
this book helps me to find the answer.



And there's another one that keeps me breathing..



Mummy said to me once " no wonder u didn't have a boyfriend! u have such a lame hobby"
nothing to argue.. i love reading, blogging and....


cam whoring.. heheheeee.....


I'll find someone along the way mummy.. don't worry.. heheheee....

Sunday, July 25, 2010

bilik dan tidur

Bila saye bosan. saye amik gamba. dan benda paling dekat, adelah. bilik saye.

ini ialah bilik saye.

saye digelar makhluk bantal sebab saye ade 8 bantal termasuk kaki atas kapet merah itu.


saye mempunyai meja solek yang suka memaksa saya berdiri lame lame depan cermin


saye suke membeli barangan tidak diperlukan. jadi, ini adalah meja untuk nya.

dan saya amat suka kan beg.


 saye suke bilik saye kerana.. sy suke tidur.. hehe....

jom tido!!!

Saturday, July 24, 2010

Pay 1 fare. visit 3 countries! this is awesome!!

Yesterday, while i was in 'a kind of date'
my so called ex-lecturer updated her status in facebook, about talking about travelling to Egypt.
but because of i hate what Cairo did to Gaza, i promote her to South Africa instead.

South African Airways have a special fare minimum 7 pax travelling together to Johannesburg. 
as low as only RM 2270 and taxes around RM 750.
 its really reasonable to fly to South Africa via Hong Kong or Bombay.

Paying only MYR 3020 (all included) to visit 3 countries!!! thats really awesome!!
I want to have stopover in Hong Kong to visit Macau and Zuhai

Hong Kong Disneyland

Venetian - Macau

Shopping gadgets - Zhuhai


Shopping - Mumbai


These are the activities i can do in South Africa.

 Safari

 Night Safari

Whale watching

Shopping!!

spa..


Some interesting pictures on South Africa in this 4minutes awesome video



intresting?? let's go!! hehe..


Visa information for Malaysian
to South Africa - no need visa up to 30 days
Visiting / Transit Hong Kong and Macau - no need visa
Visiting Zhuhai (China) and Mumbai (India) - visa needed 
Transit in Mumbai - no need Visa.

Fare : MYR 2270 and taxes MYR 750
Minimum 7 pax travelling
ticket valid for 1 month
Stopover in any Transit point - Hong Kong or Bombay - is free