pengikut terbaik

Thursday, June 10, 2010

Sila jauhi lelaki begini..

Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, "buka pintu"," buat kopi", "angkat kasut" dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti boleh tolong "buatkan kopi" dan "tolong buka pintu tu."

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata "gurau pun tak boleh"

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka "syok sendiri" membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang "buat dek" terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.
Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!

14 comments:

keLiCious said...

**foot print**
Noted..!

ainhamzah said...

ada sorg kwn ain mengambil hampir sume ciri2x di atas..
(**,)
gerraaamm.. tp kdg2 dia lain..
confuse..
(----____-----) love ur song


menziarah ain di sini : mesra klik

Nina Nurziana said...

hehe.. biase la manusia kan berubah2... hhuhhuhu..

ElyaElmo said...

yee...sy tak sukee lelaki ckp besar....pungpang pung pang...tapi habuk tarakkk......

millo said...

Juga tak suka pmpuan yang :

Suka menyampuk
Memerintah
Bergurau kasar
Cepat naik berang
Cakap besar
Suka mengawal
Ego sebesar gajah
Tidak suka meluah emosi
Buat wanita rasa bersalah
Lokek beri pujian
Pengotor
Lupa hari-hari istimewa
Tidak tunjuk rasa kasih

Nina Nurziana said...

hehe.. btul btul ;)

rashid said...

Tak dinafikan...memang betul...haha...tapi bukan sekarang la...dulu ada la kuat nyampuk macam tu...kehekhe

kerol said...

pada aku la, lelaki atau pompuan sama je. masing² ada hak nak dihormati dan dihargai.

kalau pompuan tak suka lelaki yg begini dan begitu..so lelaki pun sama.

kita belajar memperbaiki diri dari masa ke semasa.

Nina Nurziana said...

sume depends on masing2 nye perangai la kot.. huhu~

MsXeRoZ Nicole said...

i totally agree with all the points!

Nina Nurziana said...

thats the majority kan.. hehe

Aneh & Gorila said...

kalo jumpe LAKI HENSEM,
konfem dah TAK KISAH dia mcm mane~

Aww~ lepak blog girl2 lak~ haha

XD

Nina Nurziana said...

hahhaha.. yeke...? xsemistinya kot.. hehhehee

ubat gigi said...

klu pompuan yg perlu dijauhi plak....