pengikut terbaik

Thursday, June 3, 2010

kaitan antara aku-dalia-payung-kasut

malam pertama bersama kasut berbau plastic yang berjenama kerok berjalan lancar.
aku berjalan melanggari lopak lopak air tanpa memikirkan mase depan.
pendapat Dahlia juga sama. beliau seperti berjalan di atas angin.
kaki ternyata lebih selesa walaupun ianya bukanlah dibaluti material crosslite.

kisah aku, dahlia dan kasut kerok beransur ke alam mencari ketulan bunga yang ditempah bonda.
dia meminta aku membeli beberapa corak menarik buat tempelan kerok nye yang berwarna hijau.
di dalam hati.. ternyata aku berasa mahu juga tempelan terbabit berikutan harganya yang munasabah.

" 3 ketul 5 inggit kak.. kalau 6 10 inggit"

aku angguk2 dan bertanya.. " kalau 4 ketul brape? "

pekedai terbabit hanya diam membisu.

sila gigih membuat matematik disini ye. sekian.

cabaran berlansung lagi.. memandangkan cuaca yang agak mendung pada malam berikut
aku membuat keputusan untuk membeli sekaki payung.
payung happle gelar dahlia.

bukan kerana aku memakai iphone atau ipad atau iloveu segala..
aku hanya ada payung happle.

berikutan pada itu. dahlia berasa selamat dengan aku.
payung happle dan kasut kerok aku kira dapat menyelamatkan kami dari
hujan yang mungkin mengundang.

sediakan payung happle dan kasut kerok sebelum hujan.

macam la kau jalan kaki pegi danau kota.
lajukan wiper.
bia terang sket jalan.

2 comments:

fitrijohari007 said...

ada sambungan lg ke ni?hehe

Nina Nurziana said...

stakat nih.. xde lagi.. haha~