salah satu menda yang paling minat aku nak tengok adelah apebile sekeping bola yang disepak sepak oleh jejaka jejaka hensem luar negara... walaupun aku hanya menonton pasukan biru dan negara nazi saja. tapi aku rasa ianya mungkin baik untuk sekurang kurangnya aku amik tau tentang kisah bola yang rata rata bukanlah diminati gadis sebaya aku.
aku suka gila bola sebab dorang nih kool dalam memberi info dan ulasan tentang pasukan bola antarabangsa.antara artikel yang paling aku suke dari gila bola adalah seperti berikut :-
Ada dua benda dalam dunia ini yang agak liat menerima kritikan dan komen.
UMNO dan MU. United Malays National Organisation dan Manchester United.
Satu ialah parti politik Melayu yang tak reti guna nama dalam bahasa Melayu. Satu lagi kelab bolasepak yang sebenarnya bukan dalam bandaraya Manchester.
Kedua-duanya ada persamaan, tidak boleh terima kritikan dan komen. Yang satu tunjuk keris bila kena komen, yang satu lagi ‘disable comment’ bila pos artikel.
Ada lagi satu persamaan kedua-dua benda ini. Iaitu paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Yang satu kecoh pasal orang lain minum air botol, padahal sendiri pun ramai yang minum air botol. Yang satu lagi kecoh pasal pengadil berat sebelah, padahal sendiri punya sebelah berapa kali pengadil sudah berat sama dia.
Tapi Chelsea tidak begitu. Kami terbuka kepada sebarang kritikan dan komen biar pun pahit atau pedas. Dari ketidakpuasan hati rakyat yang merasa tertipu kerana ‘cerita lembu tapi tunjuk kerbau’ hinggalah soalan tak berapa cerdik macam ‘ada ke orang Sabah baca Sokernet?’, kami layan semuanya. Mana yang betul kami terima, macam ‘Championship League sepatutnya League Championship’. Mana yang tak betul, kami tangkis dengan hujah-hujah kami.
Menjelang hari Ahad ini Chelsea pastinya di puncak klasemen, yakinlah anda semua. Cuma yang kami tak pasti sama ada Chelsea naik ke puncak klasemen dulu atau keputusan PRK Hulu Selangor yang keluar dulu.
Okaylah, aku nak pergi minum air botol dengan Zaid Ibrahim. Sila penuhkan ruangan komen.

haha!! terbaik~ chelsea chelsea!! :D
2 comments:
blahla nina!!zahid ibrahim konon....zahid AF pon belum tentu ko minum brsama...
haha!! emo aphal! aku undi zahid AF okeh....~
* dalam kurungan* nk bagitau aku undi pkr gak. haha
Post a Comment