pengikut terbaik

Wednesday, March 24, 2010

season 2

semalam lumix bekerja lagi.
kali nih sesi kedua dan penambahan ahli.
ngam ngam lepas 10 hari sesi bahan membahan rakan rakan sekolah lame.
puitis nye kisah kembara kali ini.. sesi karaoke tetap sama..
dan kami ke nz kari sekali lagi.
ahli? sepoi sepoi bahasa. penuh lah 3 meja.

aku bangga dengan kehadiran yang semakin memberi impak kepada si M.
aku harap, dia sedar bahawa perancangan tidak perlu terlalu teliti.
anda cuma perlu mempunyai kawan kawan yang terbaik dan aktiviti yang menarik.

aku hanya berdiam diri semalam. rasa kosong masih berbekas didalam hati.
rasa puas menemui rakan rakan masih belum aku rasai.
mereka masih aku rindui. seperti selalu.


walaupun aku tahu pertemuan kami semua di boikot oleh sesetengah pihak yang
rasakan diri mereka masih lagi bertakhta di hati semua.
aku dapat rasekan dia sengaja menyakiti hati kami semua dengan alasan alasan yang
tidak pernah munah dan sabah.

pantulan kegeraman sentiasa terbit bila dia ada.huh..

Thursday, March 18, 2010

sweet 17 + 9 ;)))

Bersempena dengan perlawanan badminton yang kebetulan dihadiri oleh rakan rakan sekolah rendah..
aku dengan jayanya telah menyebarkan berita itu kepada teman teman yang lain agar
kisah pertemuan ini berlansung dengan lebih meriah.
Hatta dengan itu...kisah jam 10 ditukar seawal jam 8mlm bersempena dengan menyuarat reunion yang akan berlansung... akibat terlalu seronok berbual. kami lupekan kisah beridah itu dan menyambung dengan aktiviti berborak borak pula.

disaat saat itu. terbit sebiji kek dari seorg rakan terbaik. setelah lilin di nyalakan.. nyanyian lagu selamat
hari tua berkumandang di segenap pelusuk kayu ampang..Agak malu.. mujur aku mengadap ke arah dinding.. Terasa diri dihargai.. apabila sambutan hari jadi di jalankan begitu... meriah tetapi sederhana ^__^
Sesi bergambar dan menjamu kek di sertai dengan air yang melimpah ruah....

Aktiviti mini gathering berikut di sambung ke pusat riadah mulut aka pusat karaoke.
didalam perjalanan.. aku telah terlanggar kereta wira milik lelaki cina. eksiden.. aisey...
Tetapi.. aku tatau ape yang kawan aku bualkan dengan lelaki cina terbabit..
tidak semena mana.... dia menghulurkan sekeping wang biru kehijauan...
wah... aku langgar dia.. aku pulak yang dpt duit...

Mungkin kerana kami ramai dan lelaki cina itu ketakutan kerana berhenti di simpang dan garisan kuning.
terus terang.. aku masih lagi kompius sehingga kini.. walaupun wang itu telah kami gunakan untuk membayar
bilik kecik supertar karaoke pada malam terbabit.

Sesi eksersais mulut berjalan dengan lancar.. bakat bakat terpendam dpt diasah dengan begitu baik sekali.
walaupun kami adelah kumpulan penyanyi ketika di bangku sekolah.. kami tetap berasa silu berhadapan
dengan kawan kawan yang dah berbelas tahun tak jumpe.. huhu...

simpulan utk hari ini 

"saved by the marriot naked chef, delicious cake sponsored by creator bulu bulu, unlimited drinks by Tuan doktor and hanging out with the bestest friends"

Bahana gambar lama

Berminggu berlalu. aku kian melupekan hasrat aku untuk kembali aktif berblogger.
bukan kerana aku tidak mempunyai bahan untuk dititipkan.
Terlalu banyak untuk aku rungkai di fesbuk hingga aku tidak mempunyai kelapangan untuk menulis.

ini semua gara-gara gamba gamba lame yang aku upload di fesbuk.
Album memoria mencecah 530 komen dan aku dapat tambahan 219 kawan di
laman sosial fesbuk. semua nya kawan kawan lama yang dah pun berhijrah ke alam yang
lebih dewasa.

bahana gamba gamba lame nih dah pon merungkai pelbagai memori memori daun pisang  ditahap teragung.
sesi bahan membahan. bergelak ketawa antara kami masih memberikan impak bahawa...
aku masih mempunyai kenangan bersama mereka. jiwa terasa sedikit kesal kerana tidak di muat turun lebih
lekas dari 2minggu yang lalu.

Hatta dari itu.. aku dilantik menjadi ahli jawatan kuasa sekolah itu dan ini bagi melancarkan gerakan meng-reunite-kan manusia manusia seperti berikut akibat sambutan yang sangat memberansangkan.
aku hanya tersandar girang kerana berjaya menyatukan kembali silaturahim yang telah putus.

aku harap.. rancangan reunion ini akan berjaya