Berminggu berlalu. aku kian melupekan hasrat aku untuk kembali aktif berblogger.
bukan kerana aku tidak mempunyai bahan untuk dititipkan.
Terlalu banyak untuk aku rungkai di fesbuk hingga aku tidak mempunyai kelapangan untuk menulis.
ini semua gara-gara gamba gamba lame yang aku upload di fesbuk.
Album memoria mencecah 530 komen dan aku dapat tambahan 219 kawan di
laman sosial fesbuk. semua nya kawan kawan lama yang dah pun berhijrah ke alam yang
lebih dewasa.
bahana gamba gamba lame nih dah pon merungkai pelbagai memori memori daun pisang ditahap teragung.
sesi bahan membahan. bergelak ketawa antara kami masih memberikan impak bahawa...
aku masih mempunyai kenangan bersama mereka. jiwa terasa sedikit kesal kerana tidak di muat turun lebih
lekas dari 2minggu yang lalu.
Hatta dari itu.. aku dilantik menjadi ahli jawatan kuasa sekolah itu dan ini bagi melancarkan gerakan meng-reunite-kan manusia manusia seperti berikut akibat sambutan yang sangat memberansangkan.
aku hanya tersandar girang kerana berjaya menyatukan kembali silaturahim yang telah putus.
aku harap.. rancangan reunion ini akan berjaya
No comments:
Post a Comment