pengikut terbaik

Tuesday, July 13, 2010

tips menghidu kecurangan suami? hoh?

Tips ini dari seorang isteri yang sedang dalam dilema bagi meluluskan permohonan suaminya untuk berpoligami secara bersijil. Walaupun suaminya dah berkahwin di Thailand hujung tahun lepas, tapi sekarang dalam proses untuk mendaftar di Malaysia. Isteri berkenaan ingin berkongsi sedikit pengalaman dengan anda terutamanya isteri-isteri dan bakal-bakal isteri.

1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami kita? - teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.

2. Kekasih lama - tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami kita.

3.. Bila suami mula jaga badan dan berdandan - tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.

4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah - memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua.

5. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!

6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka

7. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2…haa, ini baru mula menjalin hubungan

8. Suami mula pelupa!…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa

9. Kalau out station kita nak ikut, dia beriya-iya pujuk kita tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia

10. Memberi perhatian lebih pada kita…ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka

11. Selalu lewat tidur - dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis

12. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?….atau terkedu bila kita tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?

13.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak

14. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah. Masa ni dia gunakan untukmenghubungi kekasihnya

Kawan2, saya bukan prejudis terhadap lelaki aka suami. Tapi percayalah saya 100%, kalau suami mula menunjukkan salah satu sikap di atas memang dia ada kekasih!!! Biarpun suami kita ni jenis sembahyang tak tinggal, atau nampak alim!! Ini betul!

23 comments:

Tupai Karan said...

haih... mintak dijauhkan...

erm zaman lani somi2 lebih ligat dgn kwn2, nak lekat umah jarang2..

TheStoryTeller said...

er..kalau pempuan aka isteri lak cmne..heee

::ienafazlyna:: said...

ade kemungkinan nye betul..

Dean said...

ok..nak share..sy penah jadi mangsa.huhu..
1.. lelaki tu ada 2 hp..tampa pengetahuan sy.bila kantoi..sah satu lg guna utk pompuan lain
2. hp off time blk keje..n mlm
upe upenye..sah time blk keje anta awek lain siap romen dlm keta.tu pasal off hp.hell.
3. dan lain lain.tak baik mengaibkan org.hehe

anyway..tu pengalaman sy..EX tunang..hell..hmm..my advise...hati2 d jalan raya.

Anif® said...

Ada benarnya.. dan boleh terjadi kepada suami juga!

Mr Noble said...

haha! tak penah fikir pon bende2 ni.
harap2 tak payah la berpoligami :)

Cikgu Din said...

Selalunya yang senyap dan diam yang suka menambah isteri.Yang riuh ,tak teringin pun.Takut....

Nina Nurziana said...

haha... ade ade je kamu nih semua.. hahahaa

rosyzatie said...

Kena berhati-hati masa akn dtg..w'pon tak bersuami pun..

hentakbelipat said...

ish....jauhkan jauhkan

Nazra~ said...

pelik betoi. kalau nak curang2 ngn pompuan lain, baik tak payah kawin

Hariz said...

Wawawawa... Saya Kalau Suka Senyum2 Dan Kemas2 Ada Petanda Jugak Ke?



Remaja Dan Jerawat

perondajaketbiru74 said...

salam...well before nak tuduh lelaki or ur husband ada pompuan lain better muhasabah diri sendiri dulu...ade jgk pompuan yang curang ngn husband....klu husband kawin lain pun die berhak kalau cukup syarat2nya....

Nina Nurziana said...

nih hanya pengalaman dari seorang rakan.. ;)

safiyyahosman said...

sis..nak share dlm piya punya blog juga blog??n akan dilink ke blog akak..boleh x??

takut bila bca..

Nina Nurziana said...

hehe.. sila sila..

safiyyahosman said...

thanks akak;)

Lizzie Yasmin said...

info berguna yang dikumpulkan.. Selalunya baca sikit2 jer.. tp this tyme sume ada...

Nina Nurziana said...

haha.. hanya yang terbaik utk yang terbaik.. hehe ;)

Anonymous said...

Tersangat la betol..Kaum lelaki ni xleh percaya sangat. Sy ade sorang rakan sekerja,dia ni da kawen anak 3.Perasan hensem. Dia slalu ckap nk kawen lagi. Siap tunjuk gmbar girlfren dlm hp dia.Dia kata dia solat x tinggal jadi x wat mende x senonoh. Tp haritu sy nmpk dia jlan2 ngan gf dia berpeluk sakan smpai org sekeliling menyampah.Solat mencegah kemungkaran, tp wat mende2x senonoh pastu dgn bangganye ckap mengaku kononnya alim. Apa kes?

Nina Nurziana said...

entah la.... kadang2 dia rasa betul.. bia la.. kte ckp byk2 org xsuke.. tulis je la dlm blog :P

miss said...

betul tu..
laki ni mmg suka psg rmai..
lagi nk cari lelaki teruna skrg pon ssh ye..
hmm.. kecewa~

Anonymous said...

ehem.
macam betul ja apa yg u tulis ni.
wlpon saya belum berkahwin, tp ciri2 di atas memang berlaku. kdg2 sesetengah laki yg dah kawen, tp berlagak mcm single. xpikir tentang anak-anak dan isteri.