pengikut terbaik

Thursday, September 23, 2010

Setiap wanita perlu tahu....

Setiap wanita perlu tahu...
bagaimana untuk hidup bersendirian walaupun dia tidak menyukainya.
 
Setiap Wanita perlu ada... 
Simpanan yang cukup untuk pindah keluar dan menyewa ditempat lain, walaupun dia tahu dia tidak perlukannya..







Setiap Wanita Perlu ada...
Pakaian yang sesuai jika majikan atau lelaki idaman nya ingin mengajaknya keluar secara tiba tiba. 



Setiap Wanita itu perlu ada...
Kisah kanak-kanaknya yang boleh dikongsi bersama dengan anak anak..



Setiap Wanita itu perlu ada...
Pengalaman yang pahit dan manis, supaya dia lebih tabah dan bersedia untuk masa hadapan



Setiap wanita itu perlu ada..
Seorang kawan yang boleh membuatkan nya ketawa, dan sudi mendengarnya menangis





Setiap wanita perlu ada..
perabot rumah yang cantik, untuk tetamu yang datang.





 
Setiap Wanita itu perlu ada
keberanian untuk bercakap dan menghadapi masa hadapannya




Setiap Wanita itu perlu tahu..
bagaimana untuk menyintai seseorang dan masih memelihara maruahnya




Setiap Wanita perlu tahu...
Bagaimana untuk berhenti kerja, putus cinta dan berdepan dengan kawan yang menyakitkan hati, tanpa kehilangannya.



Setiap wanita itu perlu tahu...
bila untuk berusaha memenangi sesuatu atau beralah untuk kebaikannya




 
Setiap wanita perlu tahu..
dia tidak boleh mengubah bentuk badan dan mukanya jika itu memang diwarisi dari genetik keluarganya





Setiap wanita perlu tahu..
yang kisah remajanya tidak sempurna tetapi ianya sudah berakhir kini..


Setiap wanita perlu tahu..
siapa yang boleh dipercayai dan tidak boleh dipercayai, dan terima setabahnya jika dia dikhianati




Setiap Wanita perlu tahu..
dia tidak boleh mencapai impiannya dalam masa sehari, sebulan atau setahun...
kerana impian sentiasa berubah mulai saat dia mencapai sesuatu itu..
Jadilah wanita untuk diri sendiri bukan kerana orang lain.. 
Kerana mereka belum tentu menerima kamu, seperti mana Allah menciptakan kamu sesempurna sempurna ciptaannya.




Wednesday, September 22, 2010

Nape lelaki kawin lambat (Malay Version)


Lelaki kawin lambat? Mengapa?

Bia saye berikan satu contoh
Ia merupakan satu contoh panjang. Kalau anda nak skip, boleh je, sebab saye ade kesimpulan kat ujung  artikel ni.

Katekan lah anda adalah seorang graduate, umur 23, lelaki, kerja pegawai, gaji dalam RM 2000 sebulan dan tiada simpanan di dalam bank. Setiap bulan, perbelanjaan makanan, transport  (motor/ train), bil api, air, handphone, sewa rumah dan perbelanjaan lain, katelah kamu menyimpan dalam RM800 maximum. Sebagai anak yang baik, anda kirim wang ke kampong dalam RM300. Balance duit dalam RM500, dengan disiplin yang ketat, mungkin anda boleh simpan dalam RM5000 setahun

Setahun berlalu, anda berumur 24, anda berkenalan dengan seorang gadis impian anda. Masing masing dah merancang nak berkahwin dalam masa setahun dua ni. Maka, anda perlu menyediakan basic needs untuk happy family anda. macam rumah dan kereta. Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%. Dibesarkan dengan family yang sungguh baik, anda menjadi seorang gentlemen. Semua expenses untuk dating, hadiah, bunga, sudah pun anda sediakan awal awal, maka 10% dah pun untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan meggi nak bersaving, anda berjaya mengekalkan RM5000 lagi savings. Company pulak bagi bonus 2bulan tahun tuh. Maka lagi RM4000 dah bertambah dalam savings itu dan menjadikan total saving anda RM14000. Lepas tuh, anda nak beli kereta pulak, spend RM8000 untuk brand new RM40,000 car. Net saving dah tinggal RM6000 je.

Tahun berikutnya, diumur 25 tahun, dan anda sangat bagus bekerja. Tetapi sebabkan anda kene bayar kereta tiap bulan, total savings dah tinggal RM400 sebulan. Dan mungkin lebih kurang RM 5000 jugak total savings setahun. Bonus takde, sebab company not doing so well. So, total savings dalam RM11,000 sahaja, selepas 3tahun bekerja. Jadi, anda decide untuk bertunang dengan gadis impian. Dia setuju. JadI, RM1500 dibelanjakan untuk cincin dan hantaran pertunangan. Nett saving tinggal RM 9500.

Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun, anda di beri kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.  Ini  berita baik!! “maka tahun ini saya ishtiharkan akan menamatkan zaman bujang”. Anda pun dah gersang dah tu. 

Anda bertanya Tunang anda : berape hantaran kawin?
Tunang anda :  berapa-berapa yang u sanggup
anda :  RM5000 ok?
Tunang anda : I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!
Mate terjegil', air liur 'meleleh'  * PENGSAN SERTA MERTA*

“MANE NAK DAPAT DUIT LEBIH?”
Sebabkan anda terlalu sayangkan dia, anda kerja kuat, sampai dapat award pekerja cemerlang.  wat bisnes sane sini. Supply ayam pencen bagai. Dapat la simpan tahun tu RM20,000
Sekarang umur dah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tapi, mak plak cakap ,"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita cater aje la ya? RM10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sket. Kita jemput dalam 1000 orang datang ok?"


Pengiraan pantas dijalankan
"1000xRM10=RM10,000, penyanyi lagi, khemah lagi, buta-buta je RM15,000!!! Tu tak masuk cincin kahwin lagi!!"
Anda : Mak, nak buat apa membazir-bazir duit ni?"
ibu anda : Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul.
Anda : Tapi mak?
ibu anda : Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato, datin, tan sri puan sri lagi datang. Mana la mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik kecik?

Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin jugak. Tetapi, apekan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang, interest makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar. Wifey kesayangan dah letih kalau anda asik nak mintak duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah, bla la bla… akhirnya? Bercerai..

Masalah yang membuahkan masalah. Kadang kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal dalam Negara kita. Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kawin lambat, atau, agak susah nak kawin.

Punca masalah :
Budaya kita yang tak kene tempat.  Saya rasa, ada banyak menda dalam budaya kita yang tak masuk akal dan kadang kala meyusahkan diri sendiri. Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alas an mereka tak mampu untuk berkahwin, walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.  Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan :

(1)    Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana. Motif kawin kan nak menjamu sanak saudara dan rakan taulan makan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu di ambil kira. Tak perlu nak berabis beriya kepada menda menda yang mendatangkan hasil. Contohnya, pelamin.
Pelamin yang biase je pond ah RM1500 tau. Baru pelamin. Blum lagi, hiasan ini, hiasan itu.. haih..

(2)    “Harga” seseorang wanita bukan sepatutnya diukur dari tahap education beliau, tetapi pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam. Sistem hantaran ini di ambil dari Indian yang datang ke Malaysia, bertahun dulu.  Kalau ditanya pun, mereka sendiri pun dah tak ramai yang praktikan menda yang tidak masuk nih. Kalau hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa di batalkan atau di tangguhkan. Padahal, Akad dan nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

(3)    Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini telah menjadi beban. Zaman kini, perkahwinan sangat complicated dan rata ratanya takut untuk berkahwin. Semasa saya di Sydney, saya lihat, rakan muslim kita berkahwin hanya di masjid, kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid. Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan kawan dan saudara terdekat. Tak perlu ber-extravagance. Yang perlu di focus adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya MAJLIS perkahwinan. MAJLIS itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan itu. Seolah olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan unattractive?

...dan yang si lelaki menangung bebannya...

Tuesday, September 21, 2010

nak tuka name blog

Petang selase.
Aku lepak lua opis.
Bunyik tut tut kat beri hitam.
1 notifikasi di muka buku
Member aku tuka name blog dia.
Dia memang pandai menulis.

Adeke patut name blog dia


Adeh.. sabo je lah..
sekarang.. aku pon ingat nak tuka name.

Name baru :-

" Cerita yang bukan bukan tentang dia."

Amacam? Ok x? 

haha..



Sent from my BlackBerry® smartphone

rahimah buat hal!

Mulai saat ini.. kita mulekan perang!!!!!!
sape sape nak tau rahimah, nih blog dia - rahimah
meh aku tarok muke dia!!


Selalu.. aku tak tulis name orang.. kali nih.. bia aku tulis...!!!!!
wah wah wah... dah pandai eh skrg!!!!


cop.sila baca dengan nada gumbira.
rahimah, kawan baik aku.. dah pandai tulis blog tau.
sekarang kitorang tengah berperang merebut traffic.. kuikuikui...

orang kite kan suke gossip..so.. mekasih la ye, sebab singgah.. ^__^


rahimah & i ..

Monday, September 20, 2010

post bergambar tanpa motif.

semalam. perasaan sedikit bercampur baur.
rindu pade darianie. call dia jap.

pastu jalan jalan. nampak keta pink. comel!!


yang nih pon bole tahan..


perangai yang tak bole dihakis. bermessage sambil memandu..


balik umah. type name blog sendrik.


pastu type pulak name sendrik.. 


da bosan takde kerja.. gi buat manicure plak.


tbe tbe rindu abang ballack.


bukak tibi. kesian dengan nasib liverfool. terutamanya pepe reina yang terpaksa makan rumput.


lapa. pegi mekdi drive thru ngan kawan terbaik.oder beger chis tiga lapis.


dengan. shake shake shake.


selepas 2 minit...

beliau masih lagi shake shake shake. yang beger chis tiga lapis da tinggal satu pertiga dari tiga lapisan.


selepas empat minit dari dua minit yang lampau.. 


kesimpulannya : takde kesimpulan. sebab dah bagitau awal awal.post nih memang takde motif.saje nak lepaskan kebosanan di jiwa.kui kui kui.

Sunday, September 19, 2010

sape tepat dapat hadiah - teka teki badminton.

berhari selepas raya.bile asik makan je, baru la teringat nak kuruskan badan.
terhengeh hegeh nak bersenam.
maka.

munculla idea berbadminton dikalangan kami semua.
ape yang dah berlaku semalam.

aku. adik aku. adik aku lagi sorang. dan sorang gadis dari hungary.
join. jiran aku. adik dia. pakcik dia. makcik dia dan seorang jejaka, iaitu rakan kepada makciknya itu.
sembilan orang semuanya. cukup tak aku kira.

yang aku. adik aku. adik aku lagi sorang. gadis dari hungary. jiran aku. adik dia.
naik satu trak. muat. berhimpit sikit.

dah sampai.
main. bagai nak gila.
kejang kejang otot tangan.
court satu. main sepuluh orang. memang tahniah.
angka bertambah di tengah perlawanan oleh seorang lagi rakan.
meriah. memang meriah,.
sorang baya empat higgit. murah je. booking dua jam.
main tiga jam.

turun la dalam dua tiga kilo agaknya.
hati : gumbira.

dalam trak. tingkap tak bleh bukak.ujan giler lebat.
Dan aku tak gumbira merupakan soalan kepada teka teki ini.
bagaimanakah bau yang korang boleh pikirkan di dalam trak itu, selepas akhir perlawanan?

sape tepat dapat adiah.!! cepat!!!

klue : sampai je umah, sumpah aku pengsan...

Sunday, September 12, 2010

tips berhari raya dengan cemerlang.

Persiapan hari raya sepatutnya dimulakan setahun sebelum menjelangnya hari raya terbabit.
Persiapan hari raya bukan sahaja bergantung kepada juadah dan baju raya sahaja
tetapi. kepada gadis gadis ,persiapan raya sebenarnya adalah lebih mencabar

kita mulekan tips berhari raya dengan cemerlang kepada gadis yang berumur 25 tahun dan ke atas.

1- Kerja yang bagus
bagi mereka yang berumur 25 tahun ke atas, kerja perlu ada pangkat dan gaji mesti la sekurang kurangnya
RM3000 dan ke atas. jadi bila berbual dengan makcik pakcik, kamu di pandang seperti manusia
yang rajin bekerja.

2-Duit Raya
bagi gadis yang belum berkahwin dan ada kerja bagus tersebut, duit raya perlulah setimpal.
koman koman pon RM10 kepada anak anak buah, sepupu sepapat.
kepade atuk nenek, mak pak sedare pon tidak boleh dilupe.
kepada kanak kanak yang datang juga, harus dihulur demi invesment di masa hadapan.
manela tau, kot kot budak tu ade abang hensem ke... ha... kan dia cerite kat abang dia
pasal kakak lawa yang kasik wit raye... kui3...

3-Kereta
kereta mesti cemerlang. koman koman  pon mesti buatan Jepun. tak Toyota, amik la Honda.
kerana kekayaan seseorang itu diukur dari kereta apa yang dia pakai.
selalu menda nih dipandang pada lelaki... tapi, kalau la gadis yang pakai...
memang orang saspek abis.. hihihi..

4-Gadjet cemerlang
huish. kene la pakai iphone, htc, antroid ataupun blackberry. baru la kene ngan gaya yang cuba di paparkan.
nak lagi power, bawak je ipad, pas amik gamba, trus upload.. huih... memang kacak bergaya.

5-Figure yang menawan
Gadis berumur 25 tahun ke atas yang masih single, tak boleh gemuk dan nampak tak berseri.
mereka mesti ke spa dan membuat facial sebelum menjalani hari raya.
lemak lemak berlebihan perlu ditarah agar nampak sangat hebat anggun dan bergaya.

6- Pemilihan baju yang betul
Figure saje menawan, tapi, pemilihan baju yang salah, dapat mencetuskan ketidakcantikkan.
kadang kadang, mase kite pilih baju, rase macam da lawa abis dah,
tapi bila pakai, dalam gamba, nampak gemok. T__T

7-Pengetahuan Am.
Pengetahuan tentang hal hal semasa perlu dalam menunjukkan kebijaksanaan dalam berbicara.
anda perlu bijak dan pandai dalam memilih crowd untuk bercakap.

8-Jawapan kepada soalan "bila nak kawin?"
Dah perfect suma tuh, baru la pikir pasal jawapan yang harus diberikan.
jawapan yang bagus - Boyfren pon xde aunty oi...kalau anda memang sangat bagus, dan jawap takde boyfren, ini akan leading kepada
puji pujian ataupun kepada betapa rajinnya anda bekerja sampai xde bf. jadi, anda boleh la lari
dari menjawap persoalan, bila nak kawin.

Jadi kepada gadis gadis yang berumur 25tahun dan ke atas, anda perlu memperkayakan aset,
bagi dapat merayakan hari raya dengan lebih cemerlang.
Hari raya sebenarnya amat amatlah penting kepada orang melayu yang mementingkan harta
dan kedudukan. jadi, impress kan mereka dengan aset yang anda ada.
bukan nak berlagak, cuma nak bagitau, yang anda sebenarnya separuh mati menyahut cabaran
setahun sekali yang konon kononnya first impression saban tahun.

booooorrrrrrrriiiiinnnnnnnggggggggg....

sila tido sekarang.ok bye.

Saturday, September 11, 2010

Raya raya gumbira..

Hari raya memang gembire.
gembire tengok budak budak dapat duit raye.
penah lalui mase tuh.
dan mase tuh memang gembire.
raye tahun nih.. 
family aku kaler ijau.
me et my brothers.sempat lagi amik gamba..
nih pulak gamba dgn family + kazens ..
lepak lepak chillin lagi..
kami memang suke bergambar..
dan lagi... dan lagi...
sempat lagi bergamba sebelum balik..
nih la diantara yang ade... separuh lagi.. sudah pulang... xsempat nak jumpe.. huhuhu
raya tahun nih.. memang meriah... lebih lebih lagi...
bile jumpe kazen2 yang memanglah aktif berfesbuk dan membuke belog saye di dalam diam.
pastuh membahan aku yek, korang...hehe..

sape kate beraye kat kl tak meriah!! yang kampungnye kat kl
kitorang meriahkan kl macam kampung. 
hihihi...


lastly.. selamat hari raye..maaf zahir batin..
from nina nurziana & david villa ;)

Monday, September 6, 2010

cerita pelik pagi nih

semalam.
aku tido umah member.
name nye tido.
tapi tak tido.
sampai umah dia kul 230pagi.
lepak.
borak.
umah dia tunggang langgang.
manusia baru balik outstation.
memang macam nih.

berejam berlalu, dia layan CSI.
mate aku taknak lelap.
borak lagi.
sampai pukul 5.

terjage pukul 7.
lewat!
aku bergegas!
kua umah dia pukul 730.
jalan jem giler.
i hate puchong!!
aku cume ade 90 minit..
bukan 90 minit untuk menyumbat jaringan!
90 minit untuk menyumbatkan diri ke meja opis.

aku kene sampai kl sekurang kurangnya pukul 830.
kl jalan sesak.
so at least bole bermain mata dengan setengah jam untuk ke jam 9.

sampai tol LDP puchong.
berselirat.
aku kompius.
ade 1 sms masuk.
waaa..... si kacak anta msg.
mule tersengeh sengeh.
terlanggar keta depan.

dem

sib baik takde paper.
baya tol.
singgit nam posen.
touch n go xcukup seposen.
sib baik la dia, touch n go + tunai.
touch, baya seposen dan go

jalan jem lagi.
pening.
pakai speck itam FCUK.
pasang lagu kuat kuat.
di larang mencarut.

masuk federal highway.
jam 810 pagi.
kelajuan kereta 120km/j
Ye. tak de kete.
hati : gumbira.

sampai bangsar.
jam 820 pagi.
harap sempat.
tepik lite pulak osak.
jem.

teruskan usaha.

lalu depan mahkamah.
jam dah 835.
hati berdebar debar.
keta tak jalan jalan.
hati rasa gundah gulana.
hon keta makin kuat.
aku menahan diri dari berkata kata.
rase nak bertenang.
saba saba.
keta masih tak bergerak dari tadi.
dalam kepala.
dah pikir berjuta alasan nak bgtau.
kenape lambat.

tiba tiba.
tok tok tok.
cik, sila jangan tido di tengah jalan.

bukak mate.
nampak abang pakai uniform puteh.
jalan depan lengang.

aku tertido ditengah jem.
chait. malunye!!

kesimpulannya dah tau keje esoknye, jangan gatal nak bersleepover bagai.
adus.

sib baik aku sampai on time.
huhu.

Sunday, September 5, 2010

Merajuk!

Dia.
buat perangai lagi.

Dia.
menyakitkan hati lagi.

Dia.
menggeramkan lagi.

Dia.
memang menempah nak kene humban.

Dia. 
memang suke kasik panas.




Merajuk dengan dia selama setahun!!!!!!

ok bye.

motif hari ini : berblogging bersama si kecil

hari : ahad
tarikh : 5 Sep 2010
perkerjaan : berbloging
perserta: diri sendrik dan anak kucing



berkongsi kerusi dengan mereka

ish ish duduk kat kaki pulak

mereka ada 3 ekor.. nampak xlembaga itam lagi sekor tuh... haha....

aku melepak ngan kucing arini.. gara gara kucing comel yang aku jumpe semalam..
cute giler.. kan kan... hehe..

Saturday, September 4, 2010

Patience is a virtue

Patience is a virtue because it makes us better people. The definition of the word is to tolerate delay. This implies self control and forbearance as opposed to wanting what we want when we want it. How many times have we jumped the gun and found out it would have been better to tolerate delay or had self control? What did we miss out on? Did we hurt someone we love because of lack of patience? Having patience will heal the wounds and it will work itself out fine. Patience is not only a virtue but a necessity for a happy existence.

All good things come to those who wait, which is answering question by saying the same thing. Only differently. I've rushed things countless times only to find if I would have paced it out and picked my shots things would have worked out a hell of a lot better.

16 hari lagi

Aku dapat kerja baru..
kerja yang aku penah apply setahun lalu..
tapi tak dapat.
kali nih.. aku dapat..


Mungkin post yang aku mintak kali nih lebih bersesuaian kot.
kalau aku start dengan company baru on this October the 1st.
tahun nih aku naik gaji 4 kali la kiranya

1st naik gaji sebab increment tahun nih
2nd naik sebab aku transfer post
3rd naik sebab allowance bertambah
4th naik sebab aku tukar kerja.

Alhamdulillah.. rezeki Allah..

so... 16 hari lagi untuk ke kerja baru...
seronoknya... ;)

Thursday, September 2, 2010

Nothing tastes as good as skinny feels..

Once i read about this, i feel like not eating.this is a size 0 motto, belongs to Kate Moss.

im size 8! some pants and shirt even in size 10!
i cant fit anything lower than L size, or the shirt will be dem short.
hate this!

I went to buy my baju kurung last Friday.
I always buy L and im buying L
i even try the L but mummy said the baju was terrifyingly big.

Am i smaller now,mummy? I dont think so.

Im growing fatter and fatter everyday.

i want size 0!! help me...... :((((

Monday, August 30, 2010

arnab yang turun dari langit.

Di suatu pagi yang hening,
kami semua sedang menikmati juadah bersahur.
hati aku terasa dug dag..
ntah ade ape yang tak kena.
hari tu hari Jumaat
tergerak hati nih nak pegi tengok arnab.
risau kalau ade ape ape yang tak kena dengan mereke.

sampai sampai kat bawah.
aku ternampak ade 2 ekor arnab kecik berlari lari
di samping 2 ekor arnab dewasa yang memang aku lepaskan di atas tanah.
hati dah makin tak sedap. mungkin kandang untuk arnab-arnab kecik dah bocor.
aku tinjau kandang dan kire. 1, 2, 3, 4, 5, 6....
semua ada...

checking punye checking...

rupe2nye.. 
arnab kecik tuh sebenarnya ialah anak kepada 2 ekor arnab dewasa yang 
aku lepaskan kat atas tanah.
pandainya dia buat sarang dalam tanah dan besarkan anak anak dia...

hepinya tak terkira sebab terjumpa 2 ekor arnab comel !!!


nihla rupe dia..
sekor nama cherry, sekor lagi tiger.. heheheee... ;)

Wednesday, August 18, 2010

Ciri ciri lelaki kacak

Ke-hensem-an atau ke-kacak-an adelah sangat subjektif  kepade setiap individu.
Saye mempunyai satu garis panduan untuk menilai kehenseman setiap lelaki

Bagi saye, lelaki yang hensem dan kacak ini  tidak hanye terletak kepade wajahnye yang dah sah sah menawan.
tetapi, kepade budi pekerti dan ke-rendang-an beliau.

Pembabitan saye dalam menilai kegiatan ke-kacak-an seseorang lelaki adalah sangat meluas
dan kini saya mahu kongsikan dengan anda semua.

Ciri - ciri lelaki hensem (mengikut buku panduan cik ninut)

1- Lelaki itu mempunyai gigi yang rata. bila dia tersenyum. sejuk mata memandang.

2- Lelaki itu berambut pendek dan kemas. maksudnya ciri ciri kebersihan amat penting dlm aspek ini.

3- Lelaki itu tinggi. bila tinggi, badan menjadi sasa secara automatis kerana mahu mengimbangi cara mereka berjalan. macam model tuh.. ha....

4- Lelaki itu baik. bila dia baik, cakap pun lembut lembut, pandai memanjakan, rajin, pandai jaga hati, tak pandai berkasar.

ha.. nihla dia kehenseman sebenar. xkira la dia gemuk ke.. kurus ke.. itam ke.. putih ke..

nih la ciri ciri basic lelaki hensem. kalau dia kaya, itu merupakan satu bonus. hehehe....

Saturday, August 14, 2010

rabbit's lover :D



i had a friend who told me that, if you love rabbit,
then you are sexually active.

really???
cos rabbit is the symbol of playboy / sex?

then, i should have been married illegally by now., rite?
fortunately, i still can keep my virginity secretly safe.. hehe..

anyway.. i love rabbit so much. just want to tell you guys,
there's nothing more precious in my life, by hearing all this rabbits "talk back" to me,
if i feel so down and sad..

these are my rabbits

i have a pair of adult rabbits, with 5 small rabbits and 1 adopted rabbit (given by a friend of mind)


This is momon. the youngest among others


my cat, kekabu, and rabbits are playing around


kekabu and momon


cat and rabbit are just best friend :D


They were just playing around..


Just sharing about my adorable rabbits. :)

Tuesday, August 10, 2010

Knowing the Man’s Mind

Knowing a guy’s psyche is not easy. Actually, you never really can know anybody’s psyche. Each individual is different but you can always stereotype people. There are certain things that are true to every man and woman. If a woman says, “it is fine”, it definitely isn’t. This is a fact. Likewise, there are certain things about men that are true too. You need to know these things when you are in the dating scenario so that you don’t ball your fists or pull out your hair trying to figure out the complexities of the man.


The first thing is, if a man really likes you, he will call himself. You don’t have to stalk him or call him to see if he has lost your phone number. Yes, ladies, if the guy really wants to go out with you again, he will make sure he calls you even if he actually has lost your number.

If a guy is not calling, it means he never will. Yes, he might say he’ll call you and then he doesn’t call for two long days. Well, take the hint, he will not call. You might say there have been times when the guy has called after 5 days and the person concerned is now happily married, but ladies, there are exceptions to every rule. Don’t get your hopes up just because you have seen one instance. As I said earlier, not all individuals are the same.

If he really likes you and wants this thing to be perfect, he will be more respectful towards you. You will see him really trying to make an impression. If you see him taking calls in the middle of dinner and not bothering to hang up before ten minutes, well, he just might not be that into you. Remember, it could really be an emergency call, but not always.

There’s always the first kiss to know just how much a guy cares. This is not something can be explained as every lady knows the future of the relationship when she kisses the guy for the first time. However, if the kiss is tender and soft, and not lusty at all, then you know the good vibe is on.

So, ladies, these are some keys to understand men that I thought you should know. Keep them in mind and keep yourself happy

 pic : frustration on man's behavior.

Sunday, August 8, 2010

human.. rather man or woman. always complicated!

There's a second,
when you want to be disappear and walk happily...

There's a minute
when you want to take a nap, instead of working

there's an hour
when you feel like just eating without a single chat, even you have million words around you

there's a day,
when you just want to sit down and knowing yourself again.

there's a week,
whereby you feel like you don't want to see any of your peeps and friends

there's a weekend,
whereby you feel like shopping unstop-able-ly

there's a month,
when you don't want to work but waiting for the pay-check at the end.

there's a season,
when you can't hardly wait, to get the ball kicking again.

and of cos there's a year,
that you wish it wont driving so fast.. just because you dont want to grow older.


sometimes, you even confuse on what you are asking for.
human.. rather man or woman. always complicated!.

cheers.

Friday, August 6, 2010

Why men marry Bitches

I went out last Sunday, to "browse" what is happening to the world now days.
while having a coffee, i browse the man instead of the haywire sale that is been going.

Who's the MAN? can we identify man?
Men are the one with those characters :-

M - Money
A - Authority
N - Need
great!! its easy to find!! but.... Why men marry bitches instead of nice girls?
this book helps me to find the answer.



And there's another one that keeps me breathing..



Mummy said to me once " no wonder u didn't have a boyfriend! u have such a lame hobby"
nothing to argue.. i love reading, blogging and....


cam whoring.. heheheeee.....


I'll find someone along the way mummy.. don't worry.. heheheee....

Thursday, August 5, 2010

a smile day

Thursday / 29July 2010 / 11.20am
i walk in to my client's office.
there's no receptionist.
but the first person i saw, was this cute guy.
he pleased me to seat down.
my heart keep jumping up and down.
i finally seat after 3minutes standing.
usually, its really obvious seeing me 'like-ing" someone. demmit.
but.. i could control on this.
congrats me. hehe.

Thursday / 29July 2010 / 11.32am 
person in charge come and talk to me.
i did deliver the product knowledge confidently.
like always.. hehe

Thursday / 29July 2010 / 12.05 pm
after the discussion. i finally had a chance to talk to him.
asking a stupid question.
but he answer it well.
he's pretty simple and honest.
i like this type of guy

Thursday / 29July 2010 / 4.20 pm
Telling my colleague about this cute guy.
no effort to figure out who he is.
this is bad.
i might loose an opportunity.
he might be married.
or. had a girlfriend anyway.
so forget it!

Thursday / 29July 2010 / 10.05pm
received 1 friend request on Facebook.
accepted blindly, cos I'm still at the office.
working.

Friday / 30July2010 / 8.05am
log in the Facebook through Blackberry
i saw the guy that i accepted yesterday.
it is HIM.
that cute guy!


and so, we went out on Sunday!!! this is awesome!!

hehe.