Lelaki kawin lambat? Mengapa?
Bia saye berikan satu contoh
Ia merupakan satu contoh panjang. Kalau anda nak skip, boleh je, sebab saye ade kesimpulan kat ujung artikel ni.
Katekan lah anda adalah seorang graduate, umur 23, lelaki, kerja pegawai, gaji dalam RM 2000 sebulan dan tiada simpanan di dalam bank. Setiap bulan, perbelanjaan makanan, transport (motor/ train), bil api, air, handphone, sewa rumah dan perbelanjaan lain, katelah kamu menyimpan dalam RM800 maximum. Sebagai anak yang baik, anda kirim wang ke kampong dalam RM300. Balance duit dalam RM500, dengan disiplin yang ketat, mungkin anda boleh simpan dalam RM5000 setahun
Katekan lah anda adalah seorang graduate, umur 23, lelaki, kerja pegawai, gaji dalam RM 2000 sebulan dan tiada simpanan di dalam bank. Setiap bulan, perbelanjaan makanan, transport (motor/ train), bil api, air, handphone, sewa rumah dan perbelanjaan lain, katelah kamu menyimpan dalam RM800 maximum. Sebagai anak yang baik, anda kirim wang ke kampong dalam RM300. Balance duit dalam RM500, dengan disiplin yang ketat, mungkin anda boleh simpan dalam RM5000 setahun
Setahun berlalu, anda berumur 24, anda berkenalan dengan seorang gadis impian anda. Masing masing dah merancang nak berkahwin dalam masa setahun dua ni. Maka, anda perlu menyediakan basic needs untuk happy family anda. macam rumah dan kereta. Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%. Dibesarkan dengan family yang sungguh baik, anda menjadi seorang gentlemen. Semua expenses untuk dating, hadiah, bunga, sudah pun anda sediakan awal awal, maka 10% dah pun untuk si dia.
Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan meggi nak bersaving, anda berjaya mengekalkan RM5000 lagi savings. Company pulak bagi bonus 2bulan tahun tuh. Maka lagi RM4000 dah bertambah dalam savings itu dan menjadikan total saving anda RM14000. Lepas tuh, anda nak beli kereta pulak, spend RM8000 untuk brand new RM40,000 car. Net saving dah tinggal RM6000 je.
Tahun berikutnya, diumur 25 tahun, dan anda sangat bagus bekerja. Tetapi sebabkan anda kene bayar kereta tiap bulan, total savings dah tinggal RM400 sebulan. Dan mungkin lebih kurang RM 5000 jugak total savings setahun. Bonus takde, sebab company not doing so well. So, total savings dalam RM11,000 sahaja, selepas 3tahun bekerja. Jadi, anda decide untuk bertunang dengan gadis impian. Dia setuju. JadI, RM1500 dibelanjakan untuk cincin dan hantaran pertunangan. Nett saving tinggal RM 9500.
Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun, anda di beri kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000. Ini berita baik!! “maka tahun ini saya ishtiharkan akan menamatkan zaman bujang”. Anda pun dah gersang dah tu.
Anda bertanya Tunang anda : berape hantaran kawin?
Tunang anda : berapa-berapa yang u sanggup
anda : RM5000 ok?
Tunang anda : I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!
Mate terjegil', air liur 'meleleh' * PENGSAN SERTA MERTA*
“MANE NAK DAPAT DUIT LEBIH?”
Sebabkan anda terlalu sayangkan dia, anda kerja kuat, sampai dapat award pekerja cemerlang. wat bisnes sane sini. Supply ayam pencen bagai. Dapat la simpan tahun tu RM20,000
Sekarang umur dah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tapi, mak plak cakap ,"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita cater aje la ya? RM10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sket. Kita jemput dalam 1000 orang datang ok?"
Pengiraan pantas dijalankan
Pengiraan pantas dijalankan
"1000xRM10=RM10,000, penyanyi lagi, khemah lagi, buta-buta je RM15,000!!! Tu tak masuk cincin kahwin lagi!!"
Anda : Mak, nak buat apa membazir-bazir duit ni?"
ibu anda : Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul.
Anda : Tapi mak?
ibu anda : Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato, datin, tan sri puan sri lagi datang. Mana la mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik kecik?
Anda : Mak, nak buat apa membazir-bazir duit ni?"
ibu anda : Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul.
Anda : Tapi mak?
ibu anda : Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato, datin, tan sri puan sri lagi datang. Mana la mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik kecik?
Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin jugak. Tetapi, apekan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang, interest makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar. Wifey kesayangan dah letih kalau anda asik nak mintak duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah, bla la bla… akhirnya? Bercerai..
Masalah yang membuahkan masalah. Kadang kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal dalam Negara kita. Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kawin lambat, atau, agak susah nak kawin.
Punca masalah :
Budaya kita yang tak kene tempat. Saya rasa, ada banyak menda dalam budaya kita yang tak masuk akal dan kadang kala meyusahkan diri sendiri. Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alas an mereka tak mampu untuk berkahwin, walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu. Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan :
(1) Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana. Motif kawin kan nak menjamu sanak saudara dan rakan taulan makan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu di ambil kira. Tak perlu nak berabis beriya kepada menda menda yang mendatangkan hasil. Contohnya, pelamin.
Pelamin yang biase je pond ah RM1500 tau. Baru pelamin. Blum lagi, hiasan ini, hiasan itu.. haih..
(2) “Harga” seseorang wanita bukan sepatutnya diukur dari tahap education beliau, tetapi pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam. Sistem hantaran ini di ambil dari Indian yang datang ke Malaysia, bertahun dulu. Kalau ditanya pun, mereka sendiri pun dah tak ramai yang praktikan menda yang tidak masuk nih. Kalau hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa di batalkan atau di tangguhkan. Padahal, Akad dan nikah itu lebih penting dari wang hantaran.
(3) Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini telah menjadi beban. Zaman kini, perkahwinan sangat complicated dan rata ratanya takut untuk berkahwin. Semasa saya di Sydney, saya lihat, rakan muslim kita berkahwin hanya di masjid, kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid. Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan kawan dan saudara terdekat. Tak perlu ber-extravagance. Yang perlu di focus adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya MAJLIS perkahwinan. MAJLIS itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan itu. Seolah olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan unattractive?
...dan yang si lelaki menangung bebannya...
64 comments:
suke dngan en3 ni...point2 yg bernas...and its true~
cop2!!
semua betull.dalam artikel tu sume betull..saye da lame pk kan benda ni..tahniah la kalau anda seorang yang tak berkire dari segi hantaran, mahupun family anda...
sebab saye berkire.
bile saye tengok ekonomi dan cara perbelanjaan kehidupan seharian kite di malaysia( sya fokuskan malaysia) lelaki yang makan gaji memang tak mampu untuk berkahwin..
ok..rumah saya kerap buat kenduri..kenduri kecik2 je..tapi, selaku anak yang rajin jugak buat akaun keluarga..harga barang dinegara kite ikut keperluan gaji asas memang tak logik.
total untuk barang2 dapur untuk buat kenduri saje makan 1000 ke 2ribu.itupun kalau mahu jemput orang masjid makan dan bace doa..alhamdulillah la kalau family jenis tak bercampur orang, ajak2 orng masjid je, ketepikan jiran yang berbau makanan walupun hukumnye wajib bagi kalau terbau.
:)
harga bawang, harga kentang, cili, kunyit, beras!! semuanya melambung, gaji pokok + elaun sket2 kalau lulusan ijazah, boleh la rm2200 sebulan...
bayar kete, bayar rumah( kalau ade rumah, bagi mak bapak, makan, minum macam awak cakap)
lepas tu da kawen, tusyen anak, persatuan anak, ( kate nak anak pandai) buku latihan anak, eh, wang upah jage anak, koman2 2 orang rm500 sebulan( kate anda bekerjaya, isteri mesti keje kan?)
lepas tu, terpk, anda da besarkan anak susah payah, sekolahkan tinggi2, siapa hantar pergi luar negara, ade duit lebih sket da belikan kete, esok laki main tukar pakai je,
tetibe, mase nak kawenkan anak, nak letak rm5000? tak berbaloi....pada saya la..maaf:)
rm5000 untuk upah dan penghargaan yang nak dibrikan oleh menantu anda kepada penat lelah anda sekolahkan anak didik die sampai jadi engineer..
lepas tu, rm5000, kalau anda ade duit, bolehla kenduri pakai duit anda sekt, kalau yang takde, nak jugak amik2 sket buat tambah2 duit hantaran, lepas tu, rm5000 taruk nilai untuk martabatkan anak semoga jadi isteri solehah,
tibe2, dua 3 tahun, anak anda kene cerai..hanya dengan rm5000..tak berbaloi...
:(
islam letakkan mas kahwin ade sebab, betul..zaman dulu boleh pertikai letak murah2, tengok expenses, tengok harga barang, tengok pendidikan...dan tengok kemampuan...
pada saya, system gaji di malaysia, masih tak stabil..
baru2 ni saye lihat kelayakan junior engineer for fresh graduate di eropah..
basic- 15, 000
malaysia: rm2200
haish....
owh, lagi satu..rate penceraian di malaysia memang tinggi...satu je orang pejabat agama ayah saye kate:
da kawen, tak ikut cara islam..semayang tunggang langgang, lepas tu tak bersyukur, main merungut je..
ingat, Allah janji, lepas kawen rezeki bertambah..kenape tak bertambah? takkan Allah tipu kot?? so, flash back, rupenye semayang tunggang langgang..bini tak tegor laki, laki tak tegor isteri..hurm..
eh, panjang nye saye bebel.heheh.sory..
akhir kate Allah janji lagi" lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik" kalau nilai agama die tinggi, mesti die dapat nilai rm10000 tu berbaloi ke tak untuk seorang isteri yang akan die sanjung:)
Sangat setuju dengan artikel ini.. Mungkin sebab itu juga Saya berkahwin bila usia sudah mahu masuk 30!
Krol & anif - thanks
cinder-rela - kalau nak kasik hantaran base on cmaner nak jaga anak perempuan, mmg susah nak ditandingi.Mak ayah kita besarkan gadis sebab tanggungjawap. orang laki pon, mak ayah dia besarkan dia jugak, apasal dorang tak dapat hantaran? bagi saya, duit bukan segalanya. :)
Aku iye kan aje la, w/pun x smua family gurl macam tu. Jarang2 la aku jumpa kes cam nie.
sokong weh .... kadang-kadang wang hantaran nak tinggi-tinggi .
haha..duit p cari kat daun.. kot2 ada duit tersangkut ke.. hehe.. ish..kesimpulannya, belajar la rajin2 dari sekarang.. hehe..untuk saya yg sih kecil lgi.. hehe
walaupon benar,xsemestimya.ader lelaki yang mampu,tapi sampai sekarang x kawin,sebab dia xpercaya kesetiaan.puncanya bercinta 7 tahun,sebulan jer awek dier kenal laki lain,lopakan dier.jadi mengapa perlu berkahwin eh kalau setia tiada harganya?
setuju dgn komen cindir tue..
kawen tu mudah sbnyre cume kite lebih besarkn adat dari syariat !
Setuju yg amat!
Pompuan kalu dh mintak duit hantaran bukannya nak fikir. Mahal plak tu. Punyalah ssh nk kumpul duit kawen. Yg dia tau nak kawen cepat...Grrr!
Bagus entri ni
nice story there..huhuhu
Ada baca pasal ni kat Facebook, kwn post citer ni.. tp mmg betul la pa yg ditulis.. semua dh mahal skrg ni..
*pasal tu la aku x minat kawin awal.. ape lg nk cari cewek.. sbb tanggungjawab tu besar*
laki2 kalo nk berdating takat nk show off baik takyah, menyakitkn ati org sekeliling je.. dh putus, padan muka korang..
sgt3 la sedih sebab sume betol,
dan lg sedih sy grad umur 26 tahun,
not 23
T__T
....kena kompol duit...dan bg stabil sket baru bleh survive....tp tu la kan...nak kawen biar simpan duit dulu...jangan bt personal loan pulak...kang sampai mati bayar xabes utang tu...dah la ptptn pon xlama lagi kna bayar ikot potongan gaji..kna include gak tu dlm expense... hohoho...
yup... sy pn igt kalo kahwin, nk buat sederhana yg boleh... xyah la nak grand bagai..membazir je.. nnti pas kawen, xde duit buat ape..
akak... sy share link ni kat fb sy ya...
hmmm... nih la dia nasib.. asik nak ikut adat..
ps- kalau nak share, bole je.. jgn lupe letak link kite kat situ taw. :D
good entri...
kepada cindir-rela...
Mengapa di hitung perbelanjaan membesarkan anak?? mengapa meletakkan harga?? adakah semurah 300000 harga anak - anak yang dibesarkan oleh ibu bapa itu?? kalau itu harganya.. murah sungguh!!! ia sepatutnya tiada harga!! kerana ia sangat tinggi nilainya.. sehingga tidak dpt diletakkan harga... sudah lupa kah akan pahala??? mengapa tertipu dengan dunia???
Rezeki Allah yang tentukan.. mana mungkin akal manusia dpt mengangak bagaimana Allah mahu memberi rezeki??
Allah berfirman maksudnya "Jika kamu bersyukur, Aku tambahkan lagi nikmatKu. Jika kamu kufur, sesungguhnya azab Aku amat pedih." (Surah Ibrahim: Ayat 7)
aku suke..terbaikkk!!
sebab tu ko terpilih nok..i loike!!
kadang tu jodoh Allah tentukan lambat :D
i do agree with the article and to cindir-rela i think you are too obsessed with numbers.
if you nak calculate, then the exact figure to raise a child should be around RM500,000 until grad. in Malaysia.
put that in your dowry and see bile you akan kahwin ;)
i think the concept of dowry is out dated. byk org dah fikir tentang future, kehidupan masa hadapan, intelectuality, knowledges, networking, nanotech, but we still stuck with this concept of wang hantaran.
mas kahwin is different.
one good example is my cousin. he went through all the way to the north to ask for marriage, and rejected buta2 becoz he just can afford to agree on the dowry that has been raised on the spot to RM10,000 by the girl's mom.
then he married another lady, now got two kids, big house, 2 cars (yes a Honda one of it), and ask her mom and siblings to move with him becoz the house is big enough for 11 people.
the RM10 K girl? don't ask but i do believe she just lost a fortune here! hihi
cinder-rela also wrote "baru2 ni saye lihat kelayakan junior engineer for fresh graduate di eropah..
basic- 15, 000
malaysia: rm2200"
i rasa u salah faham, in the west bile they talk about salary it always per annum payment, that means gaji utk setahun. GBP15,000 to maksudnya per year, so it will be GBP1,250 per month.
compare dollar to dollar (don't convert la), then we are higher.
ni belum masuk psl kenduri kawen...
time bertunang pn nak wt grand..
hantaran belas2 pastu nnt kawen bg lagi hantaran..
insyaallah sy nnt wt serentak ajelah tunang n nikah..jimat.
nina: i dah post pasal nape lelaki kawen lambat part 2.. haha.. hope u suke bace..
aku setuju dgn Nina Nurziana..
aku setuju dgn entri post ni..
aku setuju dgn Ir As Suhaimi..
aku setuju dgn AJ..
aku kurang setuju dgn cindir-rela..
sebabnya..aku nk tanya jap la..
adakah laki ni mak bapak dia xkuar duit masa besarkan dia?
adakah cuma laki je nk nak kawin?
adakah pompuan tu dipaksa kawin?
lebih sedih bila dia compare dgn kos sara idup anak pompuan..kos dari anak tu kecik sampai besar..adoi susahla cmni..aku sama kes mcm entri ni..grad umur 23..tapi malangnya umur dh 24,simpanan xde langsung..aku xboros..aku bukan jenis kuar berjalan merata tempat..aku bergaji RM2200..tapi ntahla..setiap kali aku menyimpan,mesti hujung bulan aku xcukup duit.Max aku simpan RM500 je sebulan..kenapa?duit handphone awek,aku bayar..broadband awek,aku bayar..minyak keta awek gi blajar kt u,aku bayar..awek eksiden,aku bayar..makan minum awek kt u,aku support sikit2..bila balik jumpa awek,beli hadiah sket2..bawak buah tgn sket2..kenapa?kerana dia anak org susah..tapi jgn lupa kerana aku juga org susah..idup di shah alam bekerja di PJ..makan minum sehari RM15 mmg xlari..kalau mkn megi je mmg pening2 lalat la aku nanti..lagi teruk,aku perlu prepare RM20k sebab nk menikah november 2011..adoi..mengapa hanya aku yg kena prepare?adakah aku je yg nak kawin?adakah aku je yg nak rasa nikmat alam perkahwinan nih?
kalau ikut hukum,kenduri sebelah pompuan,pihak laki xperlu tanggung walau sesen pun..hukum hanya mensyaratkan pihak laki sediakan mas kahwin je..kalau nk wat kenduri pun,sebelah laki je yg pihak laki perlu concern..sebab sebelah pompuan,pihak pompuan yg sepatutnya tanggung..hantaran plak ikut adat hindu..bersanding pun adat hindu sebenarnya..
tapi nak buat cmne..masyarakat lebih pentingkan adat..akhirnya pihak laki yg menanggung seksa dari mula2 start keja smpaila kahwin..lepas kahwin pun laki kena tanggung lagi (kalau kes berkahwin guna loan bank)..aku rasa aku pun terpaksa buat loan bank jgkla sbb klau dalam setahun aku nk simpan RM20k memang xsempat..kiraan kasar aku perlu simpan RM2000 sebulan kalau berhajat nk kahwin hujung tahun depan..memang xsedar diri sungguh aku nih..
xx afifdaud xx: chill!! ^_^ hidup ni bukan susah sangat... xkan diberi ujian selagi mana kita sanggup.. try baca ni... mungkin ko terperangkap dalam the rat race jugak..
try bace ni.. http://akuimanselamanya.blogspot.com/2010/09/kenapa-lelaki-kahwin-lambat-part-2-by.html
thanks guys. i hope we wont make hard time to someone that we love, just to please our parent. remember that our love one has parent too.. and together, you guys will be in a big happy family. lets do the win-win situation :)
i just published on "nape kawin" today, if you guys interested to read. thanks again.
cirdir-rela...agak2 la, nak jual anak ke ap?ko nak anak ko bahagia ke nak anak ko wat maksiat!!!nak kawin duit xckup, mane malu hantaran cikit dgn anak luar nikah...sah ko xtau ap2 sal agama, apa itu nikah? ko ni mesti org bandar, duit xbawak masuk syurga tau...kalu dah jodoh, nak wt cm mane...tu yg sbb anak lari, nikah lari, pk la woi....mmg aku angin la ngan pndpt ko!!!pntg duit lg dri kebahagian anak....
ko convert duit luar negara ke ringgit malaysia mmg ler...bahlol btl, sme je kalu bli kat sne,ke ko dpt gj kt sne ko blk bli kt malaysia, bahlol btl, ptt la xde balak, lawa camni kalu perangai camtu, sah xlaku la ko....
belajar je tinggi, akal pendek
anonymous - chill..
beliau hanya beri pendapat..
sume menda ade pros & cons.. chill :)
sy suka article nie.....kite ptt pikir mase depan....
oh menariknya artikel ini.. bolehkah saya ambil artikel ni nak post kat notes atau blog saya. tapi saya akan bagi credit seperti
Di Tulis oleh Nina Nurziana
dan juga link ke blog cik nina nurziana..
Fadilnand : yep. mase depan tuh penting
joe : bole. xde hal :)
hehe betol la ..skrg ni terlalu sgt dek kejar adat..walhal yg wajibnya dipandang sepi
walhal lepas kahwin laki tu kerja sama gak..bukannya lepas kawen naik gaji ke idak..huhu
psl duk mikir kenduri kawen hantaran semua ni dok on hold2 dulu
last umur nk cecah 30 baru la dpt kawen..huhu
hmm... btul ah tuu... da 30 baru leh dpt financial freedom..
terima kasih kerana menghargai orang lelaki ^^
same2.. :)
same2.. :)
nak cilok entri ni boleh tak? nanti saya sertakan link kamu yer.
duit dah ade 200k....nak kawin.... tapi blom jumpa yg betul2 cantikkkkk..
kalo jumpe pon sure dah berpunya... :(
tau tak pe (husband akak suruh post komen ni on his behalf)!
kalau pendapat akak pulak..tah la..mmg btul kita ikut adat..tapi kena la berpada2..trend kita skrg ni lebih kepada ikut trend..org kampung nun bubuh rm10k..kita pun 10k lah..kalau boleh lebih sikit bagi jadi 10.5k,janji lebih sikit..alasan belanja kenduri byk pakai duit...
jejaka pemalu : memilih awak nih
husband kak zai & kak zai : hmm....
xyahla asik ikut orang.. kene berubah.. huhu
memang tepat sekali apa yang tuan tanah tulis tu,itulah dilema kami ni yang lambat kawin...
saba yek... huhu
cop2!! aku xsetuju dgn cindir-rela..TQ pd Nina Nurziana sbb mengutarakan isu ni..aku perkenalkan diri aku..aku lelaki yang dilahirkan pada tahun 1983 dalam keluarga yang sederhana..anak pertama dari 4beradik..aku mmg xsetuju dgn cindir-rela ( mmg la nina nurziana ckp die nk bg pandangan je )..so kenapa aku x setuju adalah bila die ckp statement ni"tetibe, mase nak kawenkan anak, nak letak rm5000? tak berbaloi....pada saya la..maaf:)"ok..anak adalah anugerah ALLAH dan mmg menjadi TANGGUNGJAWAB ibu bapa untuk mendidik dan membentuk anak2 dgn agama dan pelajaran..so sekarang xde timbul isu upah @ saguhati untuk ibu bapa seperti yang cindir-rela cakap ( lau nanny yang jaga anak time parents die org gi keje tu berhak dapat bayaran sbb die org berkerja )..
Hantaran tu adat je mcm yang sume org tau kn..so terpulang la pada family masing2..lau yang berlandaskan agama bkn adat die org tidak akan sekali2 letak hantaran yang tinggi malah berdasarkan kemampuan pihak lelaki..Hantaran tu adalah hadiah suami kepada isteri bukan harga suami untuk membeli isteri..Lg satu yang aku x setuju statement cindir-rela yang ni "rm5000 taruk nilai untuk martabatkan anak semoga jadi isteri solehah"..wang bukan ukuran @ jaminan untuk anak anda menjadi solehah selepas die kawin..tetapi didikan agama dr ibu bapa dan suami yang dinikahi akan menjamin anak anda menjadi seorang yang solehah..
Aku bukan nk sokong pihak lelaki @ sape2..Aku cuma bg pendapat berdasarkan pe yang aku tau..sbb sebagai manusia dan juga lelaki nk kawin ni byk benda nk kna pikir..Pertama nk balas jasa ibu bapa dulu..Dulu time kecik2 die bertungkus lumus cr duit nk sekolah kn aku so time da keje ni la aku nk hulur duit cikit2 kat die org walaupun hakikatnye aku xkan mampu nk bg mcm pe yang ibu bapa aku bg kat aku dulu ( aku xnk jadi anak derhaka )..Adik2 pun belajar lg kadang2 nk guna duit so nk xnk aku sebagai anak sulung dan abg die org kna la tolong mana yang aku mampu..Dua2 adk aku berjaya wat degree :-) tp aku stop setakat diploma sbb nk ringan kn beban ibu bapa ( kalau x 3 beradik serentak dkt u dari diploma sampai degree )so aku lepas diploma trus keje..
skang Alhamdulliah gaji aku pun x seberapa RM2K +++..Leh la aku hulur cikit kat parents , tolong adk beradik , makan , byr moto , umh sewa , pakai kete lama tp nk menyimpan kadang2 dapat kadang x2..sbb awek lau kua sume nk support topup pun aku yang beli..makan minum jgn ckp la..tp bila aku ckp xde duit nk kua die ckp aku x sayang die bkn die nk tolong aku cikit ke..call aku pun xpernah..yang die tau miss call je pastu msg ckp abg call back urgent..hari2 mcm ni..mmg save gile..last2 skali aku blah tinggalkan die..sbb aku rasa lau aku kawin nga die nati confirm lau aku ssh die x akan tolong aku..maybe lau nk beli pampers anak pun die berkira..yela ayat die senang je.."u lelaki sepatutnya u la yang kua duit tanggungjawab u"..senang cite aku da putus nga die..baik aku single x sakit pale..aku pun xkawin lg sbb duit mmg xcukup dan mak aku pun x bising lg..xpela selagi aku leh berbakti dekat ibu bapa aku akan buat..sbb aku takut da kawin aku akan abaikan ibu bapa aku ( aku xnk jadi tanggang moden )..mari la kita renung2 kan semua yang kt buat biarlah berlandaskan agama jgn biar adat mendahului agama..pentingkan mana yang wajib dahulu..(aku pun bkn alim tp xsalah lau saling tegur menegur kn)..pada bakal2 suami harap anda semua bahagia selapas perkahwinan dgn pasangan masing..Amin
kawan2 try baca ni Kahwin lambat??kenapa..nati komen la pape yang patut..Nina i ska isu u yang ni..
http://coretankupandanganmu.blogspot.com/2010/10/kahwin-lambatkenapa.html
try bace ni Kahwin lambat?? Nape..komen la pape yang patut
http://coretankupandanganmu.blogspot.com/2010/10/kahwin-lambatkenapa.html
knp la henadak kahwin ikut adat? kan bagus klu kahwin ikut apa yg diajarkan oleh islam.selamat dunia dan akhirat.
Salam..suka ngn isu ney, mitak izin share di FB.
Sangat setuju dgn artikel ini...
aku bernasid baik dapat awek yg memahami....family dia pun x kesah pasal hantaran...bergantung pada kemampuan aku ...walaupun family dia dari golongan yg berada...
Susah2 sangat kahwin orang luar je la senang, takde cerewet sangat kan lol
aku nak kawin skrg...tlg3
Entri bes kat sini Taufik Hidayat Halangan Terakhir Chong Wei | Proton Malaysia Open Super Series 2011
good en3...saya suka!
sy pun sebenarnya kurang setuju dgn cinder...kalau nk nilaikan anak perempuan dgn susah payah mak ayah dia besarkan...rasanya mmg x ternilai...tp adakah wajar pulak nk nilaikan dalam bentuk 'hantaran/dowry' sampai org lain ckp 'nk nikahkan anak ke nk jual anak?'.
sy pun perempuan...tp sy rasa sgtlah x patut kalau pihak lelaki je yg dibebankan ble timbul bab nk kawen ni...sedangkan yg nk kawennya lelaki + perempuan tu...tanggungjawab sepatutnya dikongsi bersama. kalaulah alasan mintak hantaran tinggi sbb nk cover sekali belanja kawen belah perempuan, sgt x patut! Yang patutnya, kenduri belah awak, awak kenalah bertanggungjawab..kalau x mampu, buat yg sekadar mampu...jgnlah terikut2 dgn org sekeliling..atau lebih teruk lg terikut2 dgn citer artis kte kawen grand2...fuh! kte nih kena selalu cermin diri sendiri..aku nk kawen grand, aku mampu ke?
sebagai anak, kte boleh slow talk dgn parents kte supaya diorang pun paham & x berkira soal hantaran ni. dlm kes ni, sy sgt beruntung sbb mak ayah x berkira langsung...walaupun sy lulusan degree...x de la pulak mak ayah nk letak hantaran tinggi2...brape yg pihak suami mampu beri masa tu...mak ayah terima je sbb anak dia sama2 suka..kalau tahan2 kang, ntah umur brape pulak anak dia ni kawen? sedangkan masa kawen tu pun dh umur 28 tahun...x kn nk tunggu sampai umur 40? masa tu letak hantaran rendah pun dh x laku kot...hahaha
lgpun kehidupan yg sebenarnya bermula lepas kte kawen. masa tu lebih byk tanggungjawab yg perlu kte pikul bersama...sebagai isteri, x boleh lepaskan tanggungjawab tu 100% kepada suami..walaupun ada masa kte rasa kte layak terima semua tu...tp pikir pulak kemampuan suami. kalau sampai membebankan suami, adakah kte ni isteri yg baik? isteri yg diredhai?
sy & suami beza umur 3 tahun...suami lebih muda...dr segi pekerjaan & gaji, pendapatan bulanan sy jauh melebihi suami. sy lulusan degree, suami pula lulusan sijil. Mungkin ada yg bertanya knapa sy pilih dia? Dia jodoh terbaik Allah tentukan utk saya, sy terima walaupun dia ada kekurangannya. dr segi pendapatan, mungkin sy lebih hebat...tp dia tetap suami...& dalam segala hal, dia adalah ketua. memandangkan suami kurang berkemampuan, kami sama2 kongsi tanggungjawab...gaji sebulan tu kami kumpulkan sama2, tolak mana2 yg wajib dibayar, bakinya kami guna sama2 utk keluarga. tambahan pulak anak kami dh nak masuk 2 org. lg bertambah tanggungjawab.
kalau ikut hati..mmg rasa kte penat keje, patutnya kte boleh enjoy dgn duit gaji kte...tp, ble kte memilih utk bekeluarga, kte patut bersedia dgn semua tanggungjawab yg bakal terpikul di bahu kte. suami isteri kena saling bantu membantu, saling faham memahami..mesti sentiasa ada kesepakatan! kte x perfect, suami x perfet..tp ble kite bersama, InshaAllah kte boleh lead a perfect life together (kalau kte pilih mcm tu...)
suami sy walaupun ada kekurangan, dia byk ajar sy. dlu sebelum kawen sy ni agak boros...tp lepas kawen sy jd lebih bijak berbelanja...duit utk mak ayah pun x pernah missed beri sdgkan masa bujang dlu kdg2 bg..kdg2 x...dia pun rajin tolong sy buat kerja2 rumah...semuanya jd lebih mudah ble buat sama2...agak2nya kalau sy kawen dgn org yg pendapatan dia lebih tinggi drpd sy, sy boleh dpt ke semua ni?
Alhamdulillah...sy bersyukur dgn jodoh yg Allah tentukan ni...sy bahagia, walaupun dlm penuh kesederhanaan =)
bnda ni smua atas mak ayah jgk, klu jns yg x ksh n pntgkan kbhgiaan ank lg bgs. dlu sblm kwin gaji suami ciput je, mak x ksh, cincin pn srh bli cncin kwin je, xbgi tnang, mbazir je. yg pntg nikah. yg pntg khdpn lps kwin, dr bhtang kliling pinggang sbb nk kwin baik bt ala kadar sbb yg nk tnggung lps tu kita jgk.mjr dpt fmily yg mmahami, klu nk lbh2 pakat2 tlg le. klu org nk mngata pn, sbln 2 jer, lps tu snyp ler
Artikel yg bernas!!
CIk Nina Nurziana ni dh berkahwin? mgkin bole kongsi pengalaman anda uruskan perkahwinan anda..berminat jgk nk tau..mcmana majlisnye, macmna blnja nya, mcmana urusan antara keluarga..at least anda sbg penulis artikel ini dpt kongsi sperti mana yg anda sarankan..
Kongsikan jawapan, penyelesaian, pengalaman n contoh2 yg konkrit..
anda mmg ade bg contoh dlm artikel anda, cume, saya berminat nak tau pengalaman anda
Harap dpt kongsi!!
harge seorang wanita tidak ternilai..darjat seorg isteri boleh ditentukan pd kepatuhan seorang isteri menjalankan tanggung jwabnya selepas kwin.. hbungan antara ibu dan anak perempuannya masih berkait walaupun syurga itu sudah berpindah milik kpd suaminya,ini tidak bermakna seorang perempuan / wanita perlu dijumlahkan nilai kos perbelanjaan ibu dan bapa keluarga perempuan tersebut dari dia dilahirkan sehinggalah ia dinikahkan.. kalau berpendapat begitu, alamatnya org akan memandang islam itu tidak mudah.. ingatlah, walau zaman Rasulullah , zaman nenek moyang kita, dan zaman sehingga cucu cicit kita pn, nikahilah wanita dengan mas kwin dalam tuntutan islam.. tidak bermakna semakin maju, hrga nikah juga makin naik.. ingat islam itu the way of life.. x lapuk ditelan zman..
hayatilah apa yg terdpt sebenarnya di dalam objektif kursus kahwin, menjalankan tggungjawab disusuli dgn pegangan agama yg kuat yg sebenarnya mahu digapai selepas perkahwinan.. bukan harga yg tgi melampai sewaktu dinikah, ttpi rupanya tiada nilai di mata yg Esa..cukuplah bersederhana saudaraku :) thank for Nina.. i agree with u..
to all men reader:)
juz be a good person, cuba dptkan keberkatan dlm setiap pekerjaan yg dilakukan wlaupn gaji yg sdikit (sbb tahukan org yg gajinya rm10,000 sbulan pn..benda dia nak byar sebulan pn kira2 total..uma mewah + keta mewah+ set perabot = Rm 95,000) bukan ke lebih kurang je dgn gaji org yg rm2000, then byar ape yg ptut tgal rm500?.. haaa, just be a simple person..
the conclusion is : harga kita semua ni terletak pd seketul daging dlm tubuh kita, jika baik daging itu, baiklah keseluruhannya.. Ingt dunia itu selalu menipu kita.. dan ingtlah Allah itu tidak memandang rupa tetapi melihat hati kita.. Ingt Allah dan ingt segala bnda kat dunia ni sementara..
jgn letak harga, tp fikirkan bgaimana nk tgikan harga diri kita di mata yg Esa..itu yg UTAMA. :)
Saya bersetuju ngan penulis blog ini, mas kahwin tak perlu letak tinggi2.
Saya juga bersetuju dengan cindir, tak berbaloi letak rendah2 sangat.
Kepada yang bersetuju dengan penulis, berapa mas kahwin anda? (Kalau belum berkahwin, berapa dalam angan akan di-mas kahwinkan?) Kalau jejaka idaman hati offer RM500 mahar+mas kahwin adakah anda akan terima? (sila berlaku jujur. Hipokrit tidak dapat membantu sesiapa).
For me, mahar (not mas kahwin) is a measure on the man's affordability. If for this big event he could only afford RM500, how about daily life? Will he be able to provide for the family? If he couldn't afford RM500, if says a lot on his spending habit and how prepared he is for dark days. And beware, once married he needs to provide for the family too, and not just himself.
The unaffordability says a lot about his career too. Why is he stuck at the same place for too long? Is he unmotivated to do what he's doing? Does he minum kopi 7 times a day instead of doing his job like he should? (Happens a lot in government agencies.) is he just wasting his life at his job?
It brings to another point of 'sekufu'. If RM500 is too much for him, but seems like a small amout to her, sounds to me like they're not matching on the same level. Again, the guy might not be able to afford the girl. Maybe this means he should lower his target because, trust me, women might change after marriage, but her spending habit.
Just my two cents, but hey, if everyone agrees with the writer why mas kahwin has not been reduced to RM500?
Antara tanda wanita solehah adalah cepat kahwin, rendah maharnya dan cepat dapat anak.
(But in three quarter parts of our country, mas kahwin is not the same as mahar.)
setuju apa jek yg cik Nina cakap, tapi sebagai seorang yang sedang melalui proses untuk berkahwin adalah susah untuk deal bila ia melibatkan orang tua. bercakap memang mudah, melaksana? anda fikir mudah?
1) saya masih ada ibu bapa, 8 adik beradik lelaki. langkah pertama mendapatkan restu keluarga untuk bakal suami. alhamdulillah selesai.
2) bertunang. alhamdulillah keluarga pihak lelaki yang meminta dipercepatkan. apabila bakal tunang bertanya soal hantaran , bonda berkata itu urusan orang tua. saya tahu susahnya menyediakan hantaran apabila melihat abang2 berkahwin. jadi saya berharap bonda akan memikirkan yang terbaik untuk anaknya. apabila pulang ke kampung halaman, berbincang saya hampir pengsan bila keluarga berbincang untuk meletakkan hantaran hampir 13k. saya tersentak. sepatutnya apa yang terjadi kepada abang-abang dijadikan pengajaran. Mujurlah salah seorang abang meminta saya bertanya kepada bakal tunang saya, berapakah nilai seikhlas untuk diletakan kepada bakal isterinya. dalam keadaan terkejut saya kembali ke ibu kota. berbincang melalui telefon dengan bakal tunang. die hampir tidak tidur malam. saya susah hati apetah lagi dia.
Saya harap lelaki dan perempuan fahamilah. setelah berbincang dalam beberapa hari. saya kuatkan hati hubungi bonda memberitahu nilai hantaran yang bakal suami ingin dan mampuberikan . alhamdulillah bonda bersetuju. apa pun haruslah melihat kepada keadaan pihak lelaki.
3) sebagai pihak perempuan, sebolehnya saya ingin mengelak mengguna wang hantaran. saya ingin mengguna duit sendiri.
cuma pesan salah seorang abang yang lain. jangan guna duit hantaran sepenuhnya. gunakan ia untuk downpayment rumah. untuk kesejahteraan masa hadapan bersama bukan kesenangan pihak perempuan sahaja. mungkin ia juga untuk panduan orang lain.
ibubapa hanya mahu anaknya tidak berhadapan kesusahan apabila berkahwin. namun niat tidak menghalalkan cara. saya berdoa semoga urusan perkahwinan ini dipermudahkan. sebagai seorang yang cuba memahami keadaan kedua belah pihak, saya masih berusaha untuk memudahkan keadaan. bakal tunang juga meminta saya sama-sama menyimpan.
tidak baik juga menyalahkan mana-mana pihak. cuma pihak perempuan tersepit juga seperti yang saya alami. cuma abang-abang membantu saya supaya tidak ada rasa terpaksa di pihak bakal tunang. Doakan saya.
Saya suka artikel ini. Tapi nak tanya sesuatu yg saya tak faham. ""Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam." Apakah yang dimaksudkan dengan harga wanita diukur pada tahap pendidikan tetapi tidak diukur pada pengetahuan agama? Bukankah sepatutnya mencari wanita yg pengetahuan agamanya baik-baik. Saya keliru.
Salam...
Terjun2 blog.
Copy paste entry nie ek...
Terbaik...
Your way of explaining eνerything in this artіcle is really
niсe, every one be capablе οf easily bе aware of іt, Thanks a lot.
Mу blog post New Bingo Sites
fantаѕtiс put up, vегy іnformative.
I pondeг why the opposіtе еxρerts оf this sector do not realіze this.
Υоu shοuld continue your ωritіng.
I am confident, you hаve а great rеаderѕ' base already!
Also visit my blog post payday loans
Post a Comment