pengikut terbaik

Thursday, April 29, 2010

Tak rajin

sehari suntuk aku mengadap kerja arinih. sangat banyak.
naik lemau aku wat keje. pastuh waktu lapang kene kemas kotak kotak.
letih la. aku nak balik awal. aku nak rehat.
biler nak pindah nih. tak saba la. nak balik. nak tido.

huih. da lame tak pegi gym. rambut makin kurang lebat.
cermin kata aku gemok. kenape rase sangat bawah arinih.
belakang aku sakit la. penat. malas nak mengemas. bole tak kotak kotak jalan sendrik.
dem. kenape entri nih makin lama makin emo. haih.

apsal la kat tempat aku nih ade banyak sangat file. apsal aku ade banyak kerja.
letih la nak wat kerja dan mengemas di masa lapang.
bole tak kalau aku nak tido sekarang jugak tanpa memikirkan mase depan.
apsal cuace kat lua macam mendung. jangan ujan eh. pomis...~
malas la nak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di tengah tengah segi tiga emas.

ok. aku da lemau. aku perlu ciao. nak bantal.

mane bantal.

bantal??

bantal!!!!!

ei!!! mane bantal aku!!!



"bole tak jangan jerit jerit dalam opis. da pukul lime da.. pegi la balik!!! "


" nak bantal.... ~~ "


"semak la. bantal kosi kau kitorang da packing la gile! "



padan muke aku. ok. sekarang bole balik.

Wednesday, April 28, 2010

muke taf.hati tisu. versi buah ceri.

penah tak lu orang ade kawan yang suka denga pasal ape je yang lu orang nak cakap.
menda ape je. pasal isik dalam bumi nih. yang layankan je ape ape kerenah lu orang tak kirela lu orang nak meraung ke ... nak melalak ke... die ade je kat tepi lu orang.
tapi kau tak berjumpe dia selame bertahun tahun. tak lepak pon ngan dia.
tak pon teringat nak chill out sesame...
yang kau tau. kau call dia. dia jawap. kau sms dia reply. kau ym. dia nyahut. kau komen. dia balas.
die ade. kat situ. ade jek. tak kire la dalam ape je situasi.

aku memang ade kawan yang camnih. kawan yang bile aku free. dia free.
yang bile aku nak cakap. dia memang da bersedia nak mendengar.
bile aku rase inkomplete. die mengkomplikasikan.
bile aku diam. dia akan memberikan kau nasihat nasihat yang kau tak dapat pon dari orang lain.
aku ade kawan tuh. die ade. kat situ. ade jek. tak kire la dalam ape je situasi.

dia umpama orang yang sentiasa memberi kau sokongan untuk meneruskan idup nih.
dan kau rase selesa bersama dia. tak kira la dia tuh ade kat mane sekali pun.
bagi kau. dia ada. dan kau ingat dia ada. dia yang tak pernah bercakap tak pade kau.
dia yang kau boleh nak merajuk. dia yang pujuk kau keras keras terpakse. dia yang setia
menemani kau dikala kau tak lalu nak tido siang siang dan tak lalu nak makan malam malam.
die ade. kat situ. ade jek. tak kire la dalam ape je situasi.

itulah dia sejenis kawan aku. yang tak pernah aku terpikir nak bagi dia hadiah ape.
walaupun aku sentiase ingat besday dia. walaupun dia sentiasa ada. di tepi aku.
kawan yang rumahnye xsampai 20kilometer dari rumah aku.
kawan yang dekat tapi aku tak penah sampai nak jumpe dia.
kawan yang dengar cerite aku. tapi. aku tak penah nak dengar pon cerita dia.
die ade. kat situ. ade jek. tak kire la dalam ape je situasi.

tuh la dia. sebiji buah ceri yang terpelusuk di katar.

kek terunggul abad ke 21

beralih dari entri English aku yang maha tunggang terbalik...
arinih macam nak bercakap tentang kek yang aku pernah dapat untuk hadiah hari jadik
kek nih dihadiahkan oleh seorang rakan terbaik yang memang hobinya membuat kek..
aku tidak pernah percaya tentang kehandalan beliau membuat kek, sehinggalah tarikh lahir aku tiba..
dengan ikhlas katanya ingin memberikan kek special buat penyeri hari jadi ku kelak.
bersama rakan rakan lain yang menyanyikan lagu selamat hari jadi dengan gegak gempitanya,
aku tidak pernah berharap yang kek yang akan aku rasai akan menjadi begitu sedap sekali.
sebelum ini, aku hanya mendengar cakap cakap orang tentang rasa kek ini yang sebenar.
ternyata.. kesedapannya melampaui jangkauan akal.


selepas upacara memotong kek, aku makan kek coklat berikut dengan jayanya walaupun agak segan untuk menambah hirisan nilai kek terbabit. silu dengan kawan kawan lain yang mungkin mengejek aku pencinta kek terunggul!*woi! aku memang suke kek la* haih.. tengok la badan. suke makan kek. * amik kau hasilnye*
jangan salah paham okeh. kek seorang rakan terbaik nih kurang gula dan baik untuk kesihatan.
hasil tumbesaran secara cemerlang aku dijana diri pati estrak buah buahan cemerlang.. err...
bukan..... tumbesaran secara cemerlang aku dijana dari kedai makanan segera. kepada pencinta makanan segera * sila jgn emo * sebab umah aku pun memang menyediakan burger with cheese dan nugget untuk setiap meal. bajet omputeh. padehal nak cepat. haha.


berbalik kepade kisah kek tadi. selepas aku menjamah kek sepotong dua yang maha lazat * sebab aku pura pura diet pade hari itu * dalam diam diam, aku telah menghubungi rakan terbaik dan memintanya membuat sekilo lagi kek coklat untuk aku. konon konon untuk sambut birthday. haih. sebenarnya.. sebab aku tak puas makan kek arituh, akibat dari perangai malu malu sesat jalan tempoh hari. jadi. menyesalkan!! * padan muka*
berkat kesabaran rakan terbaik melayani kerenah aku, dia menghantarnya ke rumah. kek sedap! sama seperti selalu. aku membelasah kek sambil menonton drama bersiri petang petang, buletin utama, drama layu layu berlarutan ke bola di tengah malam. aku makan kek coklat perisa terbaik tanpa rasa jemu. aku bercerita pada semua orang tentang kesedapan kek nya yang maha karya cinta. aku sangat respek kepade dia, seorang lelaki malayu-kacuk * nak gak sebut idung dia mancung - haha * yang berani gagal mengketengahkan bakat yang beliau ada dalam dunia pengkekkan.Alhamdulillah.Semoga penjualannya terus laris dan mendapat perhatian media hingga ke mata dunia.

terima kasih noah.kerana sudi membuatkan saya kek paling sedap untuk hari jadi saya. nanti nak order brownies plak.. hehehe~

Tuesday, April 27, 2010

My Dream Destination


Most of us have their own dream destination. For me, i love to be in Europe.
I ever bought a cheap ticket to Frankfurt for my brother using MAS its only around 2400 with taxes that day.
He had things to do in Germany. He said, it was the most convenience flight, ever!
Yes, its MAS pakcik. fly u direct to your destination kot... ;)

That's the first time he's traveling alone. kesian pun ada. asking me to keep him company. tapi, my leave only left 5 days that time. He did captured nice photos with the correct ambiance. I always feel proud to have such a telented brother. click for his flickr maybe?? hehe..

So, comes back to my dream destination. I always have a dream to tour Europe using train from London.


Just buy a simple package and take a lot of pictures. I would cover maybe around 10-15 countries in Europe. that ambitious huh? if it suits the budget, why not?? hehe..



My first dream destination would be London. It is the capital  of England and the United Kingdom. It is the UK's largest and most populous metropolitan area and the largest urban zone in the European Union by most measures.  London has a diverse range of peoples, cultures and religions, and more than 300 languages are spoken within its boundaries. unique eh?


And the most important is.. of cos my favorite Chelsea team is there.. ;))


In London, spending time at Malaysia Hall or Rumah MARA for cheaper rate of accomodation will be the best option. Besides knowing a lot of Malaysian there, we could get the Halal food and better way to get to know Europe. Proceed on my "chu chu" will be Paris. The city of Paris is also widely referred to as the "most romantic city in the world." . Bonjour!!


As a cultural and political centre for Europe since the early MiddleAges, Paris preserves many vestiges of its past. While hosting numerous art galleries, museums and theatres, it has grown into a significant centre of international trade with ever-growing modern business districts, including La Défense, the de facto city centre built for the purpose. I always love culture and museum.. this will be the best city for me. hehe..



Enough about Paris, i will continue my journey to Barcelona . Barcelona is Spain's most cosmopolitan city and one of the Mediterranean's busiest ports. Restaurants, bars and clubs are always packed, as is the seaside in summer.


Besides of seeing my brother's favorite team, Barcelona FC, i will just continue my journey to Rome. Of course, for many Europe is all about history, and oh, what a history! Even buffs will be astonished to find the layer cake of ancient and modern that Europe presents visitors with at every turn. As well as the birthplace of democracy in Athens, the Forum of Rome, the renaissance buildings and art of Florence, the graceful canals of Venice and the Napoleonic grandeur of Paris, there’s always the less expected sites such as the Moorish palaces of Andalucía, the remains of one of the Seven Wonders of the World in Turkey, the majesty of a second Venice in St Petersburg and the haunting buildings of Auschwitz in Poland. Oh My.. this is intresting...


Rome is an amazing place to spend a honeymoon – grooms love the culture and history of the ruins and brides adore the shopping, food, museums, and cultural opportunities found nowhere else in the world. Getting married in Rome? wow!!  hehe... I would of course continue my journey to the adorable Switzerland.

After enjoying their magnificent landscape and buying tons of swatch-es! :)) i should then proceed to the country with their famous Waltz dance! the Austria.



The Waltz is a rotary dance where the dancers are constantly turning either toward their right (natural) or toward their left (reverse), interspersed with non-rotating change steps to switch between the direction of rotation. A true Viennese waltz consists only of turns and change steps. Other moves such as the fleckerls, American-style figures and side sway or underarm turns are modern inventions and are not normally danced at the annual balls in Vienna.


Furthermore, in a properly danced Viennese Waltz, couples do not pass, but turn continuously left and right while traveling counterclockwise around the floor following each other. I always wanted to dance in the ballroom... ~~ maybe i should try it.. huhu...Next in the list will be Germany. My favorite team for the World Cup! hehehe..

 


Germany is particularly famous for its outstanding contributions to music (Techno Music, Beethoven, JS Bach and many others) literature (Goethe, Schiller and others), to the arts, architecture, and to nearly all branches of science and scholarship. The German universities were the first to stress the importance of original research. From about 1880-1930 the German universities were widely considered the leading universities in the world for research.Germany is also famous for its achievements in technology and engineering.


Ah.. if i just wanted to stay in German and forget the way home, is that ok?? heehhee.....~
Anyway.. my journey should continue to Amsterdam. People said that Amsterdam is the best place for party.
Really?? wow!! this should complete my 100% total experience in Europe... hehe... unfortunately..
im not a party person (boring) i will just enjoy the old building and capture nice picture instead.



I think that's about it. I should take a train to London and fly off to Dublin to see Sya.. I miss her so much..


Sha, if you're reading. i curik your gamba to show the world that you are so cute with that boot! hehehe...

I think that is all about my dream destination. even its large.. but its really in my dream to be in Europe..
Thank You to Project Alpha for giving me a chance to dream about this vacation for a while.hehehe









Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Saturday, April 24, 2010

bola biru

salah satu menda yang paling minat aku nak tengok adelah apebile sekeping bola yang disepak sepak oleh jejaka jejaka hensem luar negara... walaupun aku hanya menonton pasukan biru dan negara nazi saja. tapi aku rasa ianya mungkin baik untuk sekurang kurangnya aku amik tau tentang kisah bola yang rata rata bukanlah diminati gadis sebaya aku. 

aku suka gila bola sebab dorang nih kool dalam memberi info dan ulasan tentang pasukan bola antarabangsa.antara artikel yang paling aku suke dari gila bola adalah seperti berikut :-

Ada dua benda dalam dunia ini yang agak liat menerima kritikan dan komen.

UMNO dan MU. United Malays National Organisation dan Manchester United.

Satu ialah parti politik Melayu yang tak reti guna nama dalam bahasa Melayu. Satu lagi kelab bolasepak yang sebenarnya bukan dalam bandaraya Manchester.

Kedua-duanya ada persamaan, tidak boleh terima kritikan dan komen. Yang satu tunjuk keris bila kena komen, yang satu lagi ‘disable comment’ bila pos artikel.

Ada lagi satu persamaan kedua-dua benda ini. Iaitu paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Yang satu kecoh pasal orang lain minum air botol, padahal sendiri pun ramai yang minum air botol. Yang satu lagi kecoh pasal pengadil berat sebelah, padahal sendiri punya sebelah berapa kali pengadil sudah berat sama dia.

Tapi Chelsea tidak begitu. Kami terbuka kepada sebarang kritikan dan komen biar pun pahit atau pedas. Dari ketidakpuasan hati rakyat yang merasa tertipu kerana ‘cerita lembu tapi tunjuk kerbau’ hinggalah soalan tak berapa cerdik macam ‘ada ke orang Sabah baca Sokernet?’, kami layan semuanya. Mana yang betul kami terima, macam ‘Championship League sepatutnya League Championship’. Mana yang tak betul, kami tangkis dengan hujah-hujah kami.

Menjelang hari Ahad ini Chelsea pastinya di puncak klasemen, yakinlah anda semua. Cuma yang kami tak pasti sama ada Chelsea naik ke puncak klasemen dulu atau keputusan PRK Hulu Selangor yang keluar dulu.

Okaylah, aku nak pergi minum air botol dengan Zaid Ibrahim. Sila penuhkan ruangan komen. 

haha!! terbaik~ chelsea chelsea!! :D

Friday, April 23, 2010

ada apa dengan fesbuk

Seringkali aku terbaca berpuluh puluh artikel tentang fesbuk.
aku pernah rasa yang fesbuk nih telah pun meretakkan beribu ribu hubungan sesama manusia.
kan jelas si Yahudi mahu memecahbelahkan kesatuan yang telah dibina antara kita semua.
fesbuk juga menyediakan pelbagai rangkaian permainan agar kita leka dan asyik. lupa pada masa.
lupa pada tanggungjjawap. tuh semua pernah aku rasekan. memang betul pun.
masa lapang aku isik dengan asik merepek repek di fesbuk dan bercanda ria bersama rakan sebaya.

Pendekatan terbaru aku ialah... 
1- mengurangkan aktiviti bersosial di laman sesawang terbabit. 
2- mengurangkan mengadap laptop dan bermain game.
3- mengamalkan cara pemakanan sihat.
4- lebihkan bersukan

aku kira cukup setakat nih untuk menjadi insan lebih terbilang dinihari.

link berikut adalah antara penerangan terbaik yang aku boleh rungkai tentang kewujudan laman sosial ini. kaler pun biru putih.. macam bendera yahudi.huhu..
untuk penerangan lebih lanjut tentang manusia pengasas laman sesawang biru putih di bawah nih..huhu~






Gym dan rambut lebat

Aku rase status kat Fesbuk aku semalam dah tahap paling cool untuk mengajak orang pergi ke gym dan melumpuhkan bisenes Yun Nam hair care wat sementara waktu. Walaupun aku kira ianya dapat meningkatkan perusahaan gyminudin di kalangan rakan sebaya yang rata rata semakin gondol dan boroi akibat rangsangan ekonomi terbaik kini.

Apapun alasan lu orang untuk tidak bersukan dan membiarkan tahap obisiti semakin meningkat mengikut taraf hidup, aku tak pernah nak amik kisah sebab aku bukanlah pemegang saham Celebrity Fitness mahupun Yun Nam. Aku hanyalah pemegang pas tujuh hari percubaan. Ye. tujuh hari untuk kurus.

Pemergian aku ke gym di ransang oleh rakan rakan yang suka berpeluh dan mahu mengamalkan gaya hidup sihat. sehinggalah hari ketiga, aku dapati rambut di kepala semakin lebat. Pernah aku terpikir, adakah ini disebabkan oleh teknik senaman berpijak di atas mesin terbabit, ataupun akibat perpeluhan yang berlaku secara pukal dibahagian lengan. mungkin juga kerana air pancuran yang digunakan ada ubat pelebat atau pun syampoo yang disediakan merupakan syampoo pelebatan rambut ginseng jakie chan.

Persoalan ini masih lagi berpisat di minda dan aku kongsikan bersama rakan rakan di laman sosial fesbuk.
Motif aku hanya satu. pemberitahuan. bahawa rambut aku semakin lebat kini selepas tiga hari ke gym. gerangan mengapa, atau bagaimana, tidak lah dapat aku huraikan disini akibat kekurangan pengetahuan didalam bidang terbabit.

Akibat kemusykilan yang melampau dengan isu pelebatan rambut dikepala, niat aku dan rakan ke gym tersasar ke sesi senaman mulut yang memberansangkan. walaupun kamar musik penuh dengan peserta ujibakat rancangan realiti tibi, namun,  penantian di jalankan dengan penuh kesabaran. Kali ini, kami mahu membuktikan bahawa, keciciran kami ke gymnasium akan mengurangkan kelebatan rambut yang sedia ada. eksperimen demi eksperimen di jalankan. memang terbukti. walaupun kami tidak bersenam, tetapi sebaliknya berkaraoke di dalam bangunan yang sama dengan gym tersebut, kelebatan rambut masih dikawal dengan tenang.begitu dasat penangan gyminudin yang ternyata memberi impak kepada sesiapa sahaja yang melangkah masuk kedalam pusat terbabit.sekian

Thursday, April 22, 2010

mati yang hidup semula

sedang aku mengemas ngemas kereta buatan malaysia yang melampau kesepahannya..aku terjumpe sekeping kaset lame yang agak blur blur tulisannye. Kaset lutsinar bertulisan putih terbabit dah pun pudar akibat terlalu lama. Menilik kaset terbabit, masih elok. Aku sumbatkan kaset terbabit ke dalam tempat aplikasi radio-kaset di dalam kereta. Its Nirvana baby!!

aku memang peminat setia Nirvana sejak berumur 14 tahun. zaman 90an. zaman budak budak grunge baru nak naik. zaman pakai kasut konverse ngan sua jeans lusuh. zaman budak budak melepak macam kutu. zaman bajet kool kalau ade knowledge dalam aliran terbabit. zaman konon bagus kalau tak mandi seminggu.
aku tak pernah amik kisah tentang aliran kehidupan yang dipilih budak budak kutu bajet grunge nih.
aku beli buku pasal kurt, pasal nirvana, tak kisah berape mahal harga dia. aku beli semua kaset termasuk demo tape dia. yela.. aku minat kan. aku memang nak mengambil tahu..aku tak mau denga denga cakap orang...aku beli dan bace sendrik walaupun bahase inggeris aku agak tonggang terbalik di kala itu.

setelah aku lebih dewasa, aku banyak menghabiskan mase menerbangkan diri ke luar negara demi menimba ilmu dan bekerja. memang wujud budak budak kutu yang aku nampak dulu di luar negara. tetapi mereka nih memang telah ditakdirkan begitu.mereka memang budak budak jalanan yang miskin dan bernyanyi untuk sesuap nasi. mereka memang tak mandi berminggu sebab catuan air dinegara mereka yang sejuk agak ketat. mereka memang memakai kasut konverse dan seluar lusuh kerana konserve murah dan jeans lusuh sukar diganti akibat kesempitan hidup. aku respek mereka menggunakan bakat yang ada, dari meragut atau mengepau orang di pasar seni.

sekarang.. mood aku ialah mendengar lagu lagu nirvana di youtube. rindu pada mereka...walaupun kadang kadang lyric mereka bermaksud dalam dan sukar untuk aku selami perasaan sebenar dia....

Wednesday, April 21, 2010

Cerita remaja buang anak

Kamsah [bukan nama sebenar: letak je nama apa korang nak letak] sayang sangat kekasih Kamsah. Bagi Kamsah dia adalah segalanya dalam hidup Kamsah. Bila Kamsah makan, dalam kepala Kamsah asyik terpikirkan, si dia dah makan ke belum?, Apa yang dia makan?, Kenyang ke tak?.

Bila Kamsah bangun tido, dialah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran Kamsah lalu Kamsah kirimkan SMS penuh kasih sayang, “gud morning sayang, i love you”, “have a gud day today dear”, dan sebagai nya. Bila hendak tido, dia lah orang terakhir yang Kamsah tinggalkan sebelum belayar dalam bahtera mimpi. Seboleh-bolehnya nak bawak dia masuk dalam mimpi Kamsah jugak. Bila si dia dalam kesusahan, Kamsah akan sedaya upaya untuk berada di sisinya.

Makan tak lalu, tidur tak lena. Walaupun masalahnya langsung tak berkaitan dengan Kamsah. Segalanya Kamsah lakukan untuk dirinya. Dalam hati Kamsah asyik berkata, “dialah orang yang layak jadi peneman hidup aku, dialah satu-satunya yang mampu membahagiakan aku, dia lah the one”. Apa yang si dia lakukan semuanya bermakna untuk Kamsah. Si dia jugak selalu puji Kamsah. Pandai ambik hati Kamsah, sabar layan karenah Kamsah. Kekadang si dia belikan hadiah untuk Kamsah. Even bungkusan hadiah coklat yang pernah si dia berikan Kamsah simpan rapi dalam kotak. Kadang-kadang dorang gaduh-gaduh gak tapi biasa lah, dalam relationship ada turun naik kan?

Kamsah amat sayang sangat kekasih Kamsah. Even emak ayah dorang sedar akan perhubungan dorang dan dorang kurang senang. Emak ayah Kamsah yang disalahkan. Dorang mana paham apa Kamsah rasa kan? Dorang hidup zaman dulu boleh la family yang tentukan calon hidup. Sekarang dah moden la. Semua tu kuno. “Kami tentukan hidup kami sendiri!” kata Kamsah.

Kamsah amat sayang sangat kekasih Kamsah. Kamsah amat percayakan dia lah akan menjadi teman hidup Kamsah. Dia akan melamar Kamsah menjadi isterinya. Dia dah janji. Kami dah rancang semuanya. Betul. Kamsah akan menjadi isterinya dan dia akan sayang Kamsah sampai ke akhir hayatnya. Oleh itu Kamsah merelakan seluruh jiwa ragamu kepadanya. SETULUS IKHLAS.

Bukan orang lain, bakal suami Kamsah jugak bukan? Memang sure kan? Apa nak risau. Dia memang sayang kan Kamsah. Kamsah pun memang sayang sangat dengan kekasih Kamsah, apa salah nya “do him a small favor” ye tak? Cuma nak Kamsah buktikan saja cinta Kamsah padanya. Itu saja.

ITU SAJA

Perhubungan dorang semakin intim. Dia menunjukkan dia amat sayangkan Kamsah. Kamsah yakin dialah bakal teman hidup Kamsah. Selang beberapa bulan Kamsah merasakan ada perubahan dalam diri Kamsah. Kamsah mula loya-loya tekak. Period dah tak datang. Kamsah mula tak sedap hati. Mula merasakan sesuatu yang tak kena. Curi-curi gi beli pregnancy tester lalu buat test sendiri. Resultnya positif. Masa ini Kamsah dah tak tau apa nak buat.

Satu-satu nya orang dalam fikiran Kamsah adalah “bakal bapa” kepada anak Kamsah ini iaitu orang yang amat Kamsah sayangi sehidup semati Kamsah, kekasih Kamsah. Inilah buah hasil dari ‘kasih sayang’ dorang. Kamsah beritahu dia berita “gembira” itu. Si dia melenting, si dia menafikan itu adalah anak nya. Reason nya, dia “protected” masa dorang suka-suka-kejap tu. Lalu dia pulak menuduh Kamsah curang dengan lelaki lain.

Kamsah dan husband-to-be-or-not-to-be dia perang besar. Sejak dari itu si dia berubah. Call dah tak layan apatah lagi SMS. Kamsah dah tak tau kemana lagi hendak mengadu nasib. Apa yang hendak dibuat dengan kandungan tersebut. Nak kasitau mak ayah memang tak ar. Dulu dorang nasihat tak nak dengar.

Mana pergi kata-kata janji nya dulu? Kamsah merayu pada kekasihnya supaya mempercayai Kamsah. Si dia setuju dengan syarat dia tak mahu ada kena mengena dengan bayi tersebut. Pilih dia atau bayi tersebut. Kamsah dalam dilema. Mana satu Kamsah pilih? Apa yang akan terjadi kepada bayi tersebut? Suspen nie! Suspen nie!

Nak tau tak cerita selanjutnya?

Dapatkan cerita selanjutnya di dada akhbar pagi-pagi buta esok pagi! Setiap hari lain-lain variasi, penuh dengan suspen,aksi dan bukti pupus sifat kemanusian di muka bumi! Setiap hari beb! Setiap hari! Jangan lupa!

Nukilan terbaik dari :  Syahid