pengikut terbaik

Friday, April 23, 2010

Gym dan rambut lebat

Aku rase status kat Fesbuk aku semalam dah tahap paling cool untuk mengajak orang pergi ke gym dan melumpuhkan bisenes Yun Nam hair care wat sementara waktu. Walaupun aku kira ianya dapat meningkatkan perusahaan gyminudin di kalangan rakan sebaya yang rata rata semakin gondol dan boroi akibat rangsangan ekonomi terbaik kini.

Apapun alasan lu orang untuk tidak bersukan dan membiarkan tahap obisiti semakin meningkat mengikut taraf hidup, aku tak pernah nak amik kisah sebab aku bukanlah pemegang saham Celebrity Fitness mahupun Yun Nam. Aku hanyalah pemegang pas tujuh hari percubaan. Ye. tujuh hari untuk kurus.

Pemergian aku ke gym di ransang oleh rakan rakan yang suka berpeluh dan mahu mengamalkan gaya hidup sihat. sehinggalah hari ketiga, aku dapati rambut di kepala semakin lebat. Pernah aku terpikir, adakah ini disebabkan oleh teknik senaman berpijak di atas mesin terbabit, ataupun akibat perpeluhan yang berlaku secara pukal dibahagian lengan. mungkin juga kerana air pancuran yang digunakan ada ubat pelebat atau pun syampoo yang disediakan merupakan syampoo pelebatan rambut ginseng jakie chan.

Persoalan ini masih lagi berpisat di minda dan aku kongsikan bersama rakan rakan di laman sosial fesbuk.
Motif aku hanya satu. pemberitahuan. bahawa rambut aku semakin lebat kini selepas tiga hari ke gym. gerangan mengapa, atau bagaimana, tidak lah dapat aku huraikan disini akibat kekurangan pengetahuan didalam bidang terbabit.

Akibat kemusykilan yang melampau dengan isu pelebatan rambut dikepala, niat aku dan rakan ke gym tersasar ke sesi senaman mulut yang memberansangkan. walaupun kamar musik penuh dengan peserta ujibakat rancangan realiti tibi, namun,  penantian di jalankan dengan penuh kesabaran. Kali ini, kami mahu membuktikan bahawa, keciciran kami ke gymnasium akan mengurangkan kelebatan rambut yang sedia ada. eksperimen demi eksperimen di jalankan. memang terbukti. walaupun kami tidak bersenam, tetapi sebaliknya berkaraoke di dalam bangunan yang sama dengan gym tersebut, kelebatan rambut masih dikawal dengan tenang.begitu dasat penangan gyminudin yang ternyata memberi impak kepada sesiapa sahaja yang melangkah masuk kedalam pusat terbabit.sekian

6 comments:

Anonymous said...

wah3...hebat....jika benar...xperlu la ke salon utk treatment...

Nina Nurziana said...

sangat hebat!! ternyata berkesan! haha

julita aishah said...

amboi2 hebat benar statement mu itu...kalo camtu hari2 aku nak gi kaoke yg 1 bangunan hahaha!!

Nina Nurziana said...

hahhahahha...... try la ... kalau rambut xlebat.. kau gi marah pihak yang berkenaan.. haha~

walk said...

ya..ya..ya..
blh try nie..:)

Nina Nurziana said...

hehehhe...sila kan.. hehehe