pengikut terbaik

Thursday, April 22, 2010

mati yang hidup semula

sedang aku mengemas ngemas kereta buatan malaysia yang melampau kesepahannya..aku terjumpe sekeping kaset lame yang agak blur blur tulisannye. Kaset lutsinar bertulisan putih terbabit dah pun pudar akibat terlalu lama. Menilik kaset terbabit, masih elok. Aku sumbatkan kaset terbabit ke dalam tempat aplikasi radio-kaset di dalam kereta. Its Nirvana baby!!

aku memang peminat setia Nirvana sejak berumur 14 tahun. zaman 90an. zaman budak budak grunge baru nak naik. zaman pakai kasut konverse ngan sua jeans lusuh. zaman budak budak melepak macam kutu. zaman bajet kool kalau ade knowledge dalam aliran terbabit. zaman konon bagus kalau tak mandi seminggu.
aku tak pernah amik kisah tentang aliran kehidupan yang dipilih budak budak kutu bajet grunge nih.
aku beli buku pasal kurt, pasal nirvana, tak kisah berape mahal harga dia. aku beli semua kaset termasuk demo tape dia. yela.. aku minat kan. aku memang nak mengambil tahu..aku tak mau denga denga cakap orang...aku beli dan bace sendrik walaupun bahase inggeris aku agak tonggang terbalik di kala itu.

setelah aku lebih dewasa, aku banyak menghabiskan mase menerbangkan diri ke luar negara demi menimba ilmu dan bekerja. memang wujud budak budak kutu yang aku nampak dulu di luar negara. tetapi mereka nih memang telah ditakdirkan begitu.mereka memang budak budak jalanan yang miskin dan bernyanyi untuk sesuap nasi. mereka memang tak mandi berminggu sebab catuan air dinegara mereka yang sejuk agak ketat. mereka memang memakai kasut konverse dan seluar lusuh kerana konserve murah dan jeans lusuh sukar diganti akibat kesempitan hidup. aku respek mereka menggunakan bakat yang ada, dari meragut atau mengepau orang di pasar seni.

sekarang.. mood aku ialah mendengar lagu lagu nirvana di youtube. rindu pada mereka...walaupun kadang kadang lyric mereka bermaksud dalam dan sukar untuk aku selami perasaan sebenar dia....

4 comments:

Q said...

grunge not dead....YET!

MooN said...

i love too..

|ashefast| said...

kurt nina cobain. ahaks.. seingat aku ade lg nama len.. tapi biarlah rahsia.. hahahahah

Nina Nurziana said...

ashefast : who ever u are....hahhahahah~ biarla rahsia.. hahahah~

yang : love u too

Q : kalau mati kelak kite tanam je. haha~