pengikut terbaik

Wednesday, April 21, 2010

Cerita remaja buang anak

Kamsah [bukan nama sebenar: letak je nama apa korang nak letak] sayang sangat kekasih Kamsah. Bagi Kamsah dia adalah segalanya dalam hidup Kamsah. Bila Kamsah makan, dalam kepala Kamsah asyik terpikirkan, si dia dah makan ke belum?, Apa yang dia makan?, Kenyang ke tak?.

Bila Kamsah bangun tido, dialah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran Kamsah lalu Kamsah kirimkan SMS penuh kasih sayang, “gud morning sayang, i love you”, “have a gud day today dear”, dan sebagai nya. Bila hendak tido, dia lah orang terakhir yang Kamsah tinggalkan sebelum belayar dalam bahtera mimpi. Seboleh-bolehnya nak bawak dia masuk dalam mimpi Kamsah jugak. Bila si dia dalam kesusahan, Kamsah akan sedaya upaya untuk berada di sisinya.

Makan tak lalu, tidur tak lena. Walaupun masalahnya langsung tak berkaitan dengan Kamsah. Segalanya Kamsah lakukan untuk dirinya. Dalam hati Kamsah asyik berkata, “dialah orang yang layak jadi peneman hidup aku, dialah satu-satunya yang mampu membahagiakan aku, dia lah the one”. Apa yang si dia lakukan semuanya bermakna untuk Kamsah. Si dia jugak selalu puji Kamsah. Pandai ambik hati Kamsah, sabar layan karenah Kamsah. Kekadang si dia belikan hadiah untuk Kamsah. Even bungkusan hadiah coklat yang pernah si dia berikan Kamsah simpan rapi dalam kotak. Kadang-kadang dorang gaduh-gaduh gak tapi biasa lah, dalam relationship ada turun naik kan?

Kamsah amat sayang sangat kekasih Kamsah. Even emak ayah dorang sedar akan perhubungan dorang dan dorang kurang senang. Emak ayah Kamsah yang disalahkan. Dorang mana paham apa Kamsah rasa kan? Dorang hidup zaman dulu boleh la family yang tentukan calon hidup. Sekarang dah moden la. Semua tu kuno. “Kami tentukan hidup kami sendiri!” kata Kamsah.

Kamsah amat sayang sangat kekasih Kamsah. Kamsah amat percayakan dia lah akan menjadi teman hidup Kamsah. Dia akan melamar Kamsah menjadi isterinya. Dia dah janji. Kami dah rancang semuanya. Betul. Kamsah akan menjadi isterinya dan dia akan sayang Kamsah sampai ke akhir hayatnya. Oleh itu Kamsah merelakan seluruh jiwa ragamu kepadanya. SETULUS IKHLAS.

Bukan orang lain, bakal suami Kamsah jugak bukan? Memang sure kan? Apa nak risau. Dia memang sayang kan Kamsah. Kamsah pun memang sayang sangat dengan kekasih Kamsah, apa salah nya “do him a small favor” ye tak? Cuma nak Kamsah buktikan saja cinta Kamsah padanya. Itu saja.

ITU SAJA

Perhubungan dorang semakin intim. Dia menunjukkan dia amat sayangkan Kamsah. Kamsah yakin dialah bakal teman hidup Kamsah. Selang beberapa bulan Kamsah merasakan ada perubahan dalam diri Kamsah. Kamsah mula loya-loya tekak. Period dah tak datang. Kamsah mula tak sedap hati. Mula merasakan sesuatu yang tak kena. Curi-curi gi beli pregnancy tester lalu buat test sendiri. Resultnya positif. Masa ini Kamsah dah tak tau apa nak buat.

Satu-satu nya orang dalam fikiran Kamsah adalah “bakal bapa” kepada anak Kamsah ini iaitu orang yang amat Kamsah sayangi sehidup semati Kamsah, kekasih Kamsah. Inilah buah hasil dari ‘kasih sayang’ dorang. Kamsah beritahu dia berita “gembira” itu. Si dia melenting, si dia menafikan itu adalah anak nya. Reason nya, dia “protected” masa dorang suka-suka-kejap tu. Lalu dia pulak menuduh Kamsah curang dengan lelaki lain.

Kamsah dan husband-to-be-or-not-to-be dia perang besar. Sejak dari itu si dia berubah. Call dah tak layan apatah lagi SMS. Kamsah dah tak tau kemana lagi hendak mengadu nasib. Apa yang hendak dibuat dengan kandungan tersebut. Nak kasitau mak ayah memang tak ar. Dulu dorang nasihat tak nak dengar.

Mana pergi kata-kata janji nya dulu? Kamsah merayu pada kekasihnya supaya mempercayai Kamsah. Si dia setuju dengan syarat dia tak mahu ada kena mengena dengan bayi tersebut. Pilih dia atau bayi tersebut. Kamsah dalam dilema. Mana satu Kamsah pilih? Apa yang akan terjadi kepada bayi tersebut? Suspen nie! Suspen nie!

Nak tau tak cerita selanjutnya?

Dapatkan cerita selanjutnya di dada akhbar pagi-pagi buta esok pagi! Setiap hari lain-lain variasi, penuh dengan suspen,aksi dan bukti pupus sifat kemanusian di muka bumi! Setiap hari beb! Setiap hari! Jangan lupa!

Nukilan terbaik dari :  Syahid

2 comments:

suhaisweet said...

nice blog & en3 dude..keep it up.. visit mine if free..lets share together ;)

Nina Nurziana said...

thanks!! sure~~~ already become ur follower~