pengikut terbaik

Wednesday, June 9, 2010

Jadis yang disukai dan dibenci Jejaki

Apekah ciri ciri wanita yang disukai dan dibenci lelaki.. ;) 


Lelaki suka:

  • Sikap kelakar
  • Budi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai memasak
  • Pandai dalam mengenakan pakaian
  • Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
  • Tak mudah naik angin
  • Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  • “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
  • Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  • Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  • Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
  • Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  • Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat-buat
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  • Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
  • Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  • Tahu bersyukur
  • Pandai berjimat-cermat
  • Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

Lelaki Tak Suka:
  • Wanita yang suka mengumpat
  • Sombong dan bongkak
  • Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  • Hisap rokok
  • “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
  • Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  • Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
  • “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
  • “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
  • Wanita yang hipokrit
  • Pembohong dan suka mencari alasan
  • Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
  • Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
  • Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  • Pengotor dan pemalas
  • Tak bertanggungjawab langsung
  • Tak pandai mengemas
  • Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
  • Kuat berleter walau hal remeh temeh
  • Boros berbelanja
  • Tak tahu memasak
  • Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
  • “Queen Control” atau suka mengarah-arah
  • Tak pandai bergaya atau selekeh
  • Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
  • Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
  • Panas baran
  • Kuat merajuk dan sukar dipujuk
  • Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
  • Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

    13 comments:

    jfook said...

    Haha quite true. LOL

    Adam Roslan said...

    Haha. Setuju. :) Salam Ziarah.

    Mr.J said...

    kurang sikit setuju.... perempuan bila makan sikit je... hehe.

    Nina Nurziana said...

    haha..nih ape kes nih.. post nih utk wanita la... hehhehe...

    Sky0ne said...

    for me, 2 benda yang mmg major turn off, cemburu buta dan suka mengungkit...yg lain2 tu boleh give n take lagi...:)

    TcRaiN said...

    Sebenarnya susah nak dapat lelaki yang ada semua ciri yang kita nak. Kalau dah bertemu jodoh nanti... kena lebih saling memahami dan terima seadanya!

    Unknown said...

    mmg susah nak dpt ikut kemahuan kita tapi bukan kah setiap pasangan tu mesti saling melengkapi antara satu sama lain.

    ajjah said...

    hahahaha tapi laki pun kuat merajuk jugak.. :p

    vialentino said...

    nice bloggie here

    dIng dOng said...

    hehehehe.....sukew mnda nie

    Nina Nurziana said...

    yang penting.. bersesuaian.. hehe

    M i s s I k a said...

    kalo nak perfect cmni..ssh la..smpi ble2 pn laki tu xkn jmp..

    sbb sume org x perfect.. ;)

    M i s s I k a said...

    klo nak yg perfect cmni..mmg xdapat la laki 2...

    sbb semua org kn x perfect ;)